KALIS AIR, INOVASI KAMERA & KUASA HITAM – iPHONE 7
Apple kali ini hadir dengan produk terbaru yang penuh dengan kejutan yang mampu membawa anda ke dimensi yang berlainan. Rekaan yang lebih mewah, tambahan rona hitam yang serba eksklusif serta kamera yang bercirikan teknologi tinggi, itulah iPhone 7.
Kunci utama dalam keistimewaan iPhone 7 ini adalah ia bersifat kalis air. Bagi anda yang memang sudah lama menantikan produk Apple yang bersifat begini, ini adalah hadiah buat anda. Bukan itu sahaja malah ia juga hadir dengan dua saiz berbeza, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus juga bersama pilihan warna signature: silver, gold, dan rose gold.
Jika anda seorang yang sukakan dunia fotografi, iPhone 7 ini bersesuaian dengan anda kerana ia dilengkapi dengan dua jenis kamera yang berbeza. Satunya bersifat kamera sudut lebar 12MP dan satu lagi bersifat kamera telefoto 12MP. Tidak kira sejauh mana pun objek yang ingin diambil gambarnya, ia mampu menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi. Selain itu juga, keupayaan bateri yang tahan lama antara kunci utama dalam menjadikan iPhone 7 ini lebih istimewa daripada model sebelumnya.
Menurut laporan dari Apple.com, pre-order bakal bermula pada 9 September dan akan memasuki pasaran US pada 16 September 2016. Malaysia masih lagi tidak menerima sebarang tarikh mengenai kemasukan iPhone 7 di pasaran.
Jadi, apa tunggu lagi? Bersiap sedia dengan kehadiran produk iPhone 7 ini. Ia bakal membawa kejutan pada anda semua. Ucapkan Hello pada teknologi hari ini!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SEBAB KOLEKSI MUSIM BUNGA 2023 UNIQLO U ADALAH KOLEKSI ASAS TERBAIK.
Koleksi UNIQLO U yang terbaru mengilhami tema ‘A Sense of Ease’, mewujudkan tampilan sederhana yang moden.
IDEA STAIL TAHUN BARU DARI LOEWE
What to buy this month? Semak beg Bunny LOEWE yang cukup istimewa, langsung menyuntik semangat tahun baru yang optimis dalam penampilan.
PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH PILIHAN GLAM LELAKI
Buat julung kali, Devialet memperkenalkan pembesar suara pintar mudah alih yang menggunakan teknologi pintar terkini untuk menikmati pengalaman stereo 360 darjah.
CAI XUKUN, BINTANG ASIA SAMBUT TAHUN BARU LUNAR BERSAMA PRADA
Bintang terkemuka Asia terpilih menghiasi kempen Prada dedikasi Tahun Baru Lunar 2023.
KEMBARA STYLISH DENGAN “LOGO MOSCHINO”
Menyambut musim liburan, Moschino hadirkan koleksi kapsul penuh gaya “LOGO MOSCHINO”. Semak lima gaya pilihan GLAM Lelaki.
HADIAH AKHIR TAHUN TERBAIK BUAT LELAKI YANG SUKAKAN GAJET
InfinityLab memperkenalkan 2 gajet dengan inovasi terbaharu buat lelaki untuk meraikan akhir tahun sebagai hadiah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja.