Skip to content

“KAMI AKAN KEMBALI DAN MENGADAKAN KONSERT JELAJAH PADA MASA HADAPAN.” – NEW HOPE CLUB

Kongsikan artikel ini
2 of 2

“Tenaga mereka dan mendengar mereka menyanyi setiap bait lirik lagu kami membuat jelajah kami merentas Asia Tenggara menjadi satu detik indah sambil mengenang perjalanan kami sebagai sebuah kumpulan muzik. Dapat bertemu peminat secara langsung ataupun melihat karya mereka di media sosial sejujurnya adalah pembakar semangat kami untuk terus berkarya sebagai satu kumpulan,” kata salah seorang ahli kumpulan New Hope Club, Reece Bibby, bersama Blake Richardson dan George Smith.

“Kami akan kembali dan mengadakan konsert jelajah pada masa hadapan,” tambah mereka.

Kumpulan tempatan popular, Insomniacks membuka acara dengan tiga lagu hit mereka termasuk “Sempurna”. Kumpulan itu dipilih oleh label dunia New Hope Club untuk membuka persembahan mereka di Kuala Lumpur, sekaligus menjadi pembukaan pertama Insomniacks untuk artis antarabangsa yang melawat Malaysia.

Sebagai penutup persembahan, mereka dianugerahkan sebuah plak Platinum oleh Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim sebagai lambang buat lagu mereka “Know Me Too Well” bersama Danna Paola yang berjaya meraih rekod platinum di Malaysia.

“It is nice to comeback to Malaysia, dan kami hanya mahu semua peminat untuk bergembira dengan persembahan kami. Setelah sekian lama, kami mahu semua bersama-sama peminat dan berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kami ketika momen yang sukar,” kata mereka.

Foto: Universal Music Malaysia

Baca lebih lanjut: 10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2022

 

2 of 2