Skip to content

KELAB JANGGUT & KUMIS DARI KANADA BERGAMBAR SEPERTI DUYUNG DEMI KEBAJIKAN

Kongsikan artikel ini

Dalam meningkatkan kesedaran serta mengumpul wang demi kebajikan, apa saja boleh dilakukan, asalkan ianya ikhlas dan tidak membebankan. Samalah juga seperti apa yang dilakukan oleh sebuah kelab janggut dan kumis dari Kanada, iaitu Newfoundland and Labrador Beard and Moustache Club di mana baru-baru ini mereka memasarkan kalendar khas untuk tahun 2018 dengan beraksi seperti ikan duyung!

Mulai tular di laman-laman sosial, kalendar yang digelar MerB’ys, iaitu frasa yang menggabungkan perkataan Merman (ikan duyung lelaki) dengan perkataan ‘bye’ iaitu istilah jantina neutral seperti perkataan ‘bro’ atau ‘buddy’. Bercakap tentang usaha murni ini, pengasas kelab, Hasan Bai memberitahu HuffPost, misi teras kelab sosial ini terbuka kepada siapa saja yang ingin menumbuh serta menghargai bulu rambut (facial hair) dan pada masa yang sama ingin membuat amal kebajikan kepada komuniti dan masyarakat. Hasil dari penjualan kalendar ini akan disalurkan kepada Spirit Horse Mental Health , program tempatan yang mengajar kemahiran hidup kepada orang melalui interaksi terapeutik dengan kuda.

“Kalendar yang menampilkan sekumpulan lelaki berjanggut mereplika ikan duyung lelaki melakukan pelbagai aksi menarik, dilihat selesa dalam kulit mereka sendiri. Walau terdedah dengan penentangan norma tradisional maskuliniti nyata menzahirkan hubungan dengan orang di sekeliling, namun konsep ini bertepatan dengan apa yang ingin disampaikan”, jelas Hasan lagi.  Saksikan gambar-gambar menarik yang kami sediakan di bawah ini. Semoga usaha murni ini dapat dijadikan contoh buat kita semua.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 9 November 2017

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JANJI DITEPATI! KIM JONG KOOK SUMBANG SUKU JUTA UNTUK TUJUAN AMAL

JANJI DITEPATI! KIM JONG KOOK SUMBANG SUKU JUTA RINGGIT UNTUK TUJUAN AMAL

Bacaan Lanjut

PRODUK TERBARU APPLE SPRING LOADED EVENT

Bacaan Lanjut

PENCIPTAAN TERPINTAR: DYSON LIGHTCYCLE MORPH

Bacaan Lanjut
RIMOWA TAMPIL KLASIK DENGAN WARNA HITAM MATTE

RIMOWA TAMPIL KLASIK DENGAN WARNA HITAM MATTE

Bacaan Lanjut
TIPS KEKAL CERGAS SEMASA RAMADHAN

TIP KEKAL CERGAS SEPANJANG RAMADHAN

Bacaan Lanjut
Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal

Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal

Bacaan Lanjut