KELESTARIAN ACER ASPIRE VERO EDISI NATIONAL GEOGRAPHIC
Dengan kerjasama National Geographic, setiap pembelian Aspire Vero edisi khas ini akan menyokong usaha global National Geographic Society untuk melindungi dunia melalui penerokaan, penyelidikan dan pendidikan.
Dalam menekankan usaha kecil individu untuk memberikan impak positif kepada alam sekitar. Acer melancarkan komputer riba terbaharu, Aspire Vero Edisi National Geographic. Kerjasama khas ini akan menyokong usaha global National Geographic Society untuk melindungi dunia melalui penerokaan, penyelidikan dan pendidikan.
Dikuasakan oleh Intel Core i7 dengan 16GB DDR4 RAM dan 1TB PCIe NVMe SSD, Acer Aspire Vero Edisi National Geographic menawarkan pengalaman pengkomputeran yang lancar, selain meninggalkan jejak ekologi yang rendah. Komputer riba dengan reka bentuk yang menarik dan penuh makna ini tersedia dalam unit terhad di Malaysia.
Kelestarian Alam Sekitar
Memperluaskan semangat Aspire Vero yang dibina di atas platform Earthion, Acer Malaysia mengumumkan program tukarbeli (trade-in) yang menyediakan saluran untuk mengitar semula peranti yang berfungsi mahupun tidak lagi berfungsi. Tawaran sehingga RM500 baucar rebat tunai bagi pelanggan yang membantu Bumi dengan menamatkan jangka hayat peranti elektronik menerusi cara yang betul.
Acer turut sama akan menyalurkan RM100 daripada setiap pembelian Aspire Vero Edisi National Geographic di Malaysia untuk membiayai program pokok angkat. Pada masa yang sama, setiap pembelian komputer riba edisi khas ini membantu para saintis, penjelajah dan pendidik di seluruh dunia yang bekerjasama dengan National Geographic Society.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HUAWEI P50 & WATCH GT 3 PRO: MENDEFINISI ESTETIKA TEKNOLOGI MASA HADAPAN
Huawei Malaysia memperkenalkan dua peranti terbaharu, Huawei P50 dan WATCH GT 3 Pro yang akan mendefiniskan estetika teknologi yang lebih pintar.
HUAWEI MATEPAD 10.4: KOMBINASI TEKNOLOGI PINTAR DAN ESTETIKA MINIMALIS
Huawei melancarkan tablet terbaharu, MatePad 10.4 yang dikuasakan oleh HarmonyOS 2 dan boleh digunakan bersama Huawei M-Pencil generasi kedua.
SEKUEL FILEM TERKENAL LAKONAN WILL SMITH DIBATALKAN
Kerjaya lakonan Will Smith dilihat terus menjunam sebulan selepas insiden Oscar 2022 yang menggemparkan dunia.
SEMANGAT KELESTARIAN SKECHERS BERSAMA PARK SEO-JUN
Skechers Malaysia melancarkan koleksi Recycle Apparel yang lestari, serta koleksi sniker Stamina Airy yang digayakan oleh duta regional, Park Seo-Jun.
#GLFIRSTGAYAHIDUP VIVO V23 5G (SUNSHINE GOLD)
vivo V23 5G kini dikemaskini dengan prestasi kamera hadapan terunggul serta keunikan desain luaran dengan keupayaan berubah warna yang pertama di Malaysia.
RESET KARL LAGERFELD UNTUK MUSIM BUNGA/PANAS 2022
Untuk musim bunga/panas 2022, Karl Lagerfeld menceduk inspirasi daripada elemen alam semulajadi dalam gaya estetika rock yang kekal menjadi signature label.