Skip to content

KENALI 3 KARAKTER BAHARU LA CASA DE PAPEL PART 5

Kongsikan artikel ini

Netflix akan memperkenalkan tiga karakter baharu untuk siri hangat, La Casa De Papel atau Money Heist Part 5 yang akan dilancarkan pada 3 September 2021.

Sejak mula ditayangkan pada 2017, ‘La Casa De Papel’ atau lebih dikenali sebagai ‘Money Heist’ terus menjadi fenomena di seluruh dunia. Siri drama rompakan dalam Bahasa Sepanyol ini dihasilkan oleh Alex Pina dan bakal berakhir tahun ini dengan Part 5 yang akan ditayangkan dalam dua volum berbeza. ‘La Casa De Papel Part 5: Volume 1’ akan dilancarkan pada 3 September 2021.

PATRICK CRIADO sebagai RAFAEL (Cr. TAMARA ARRANZ/NETFLIX © 2020)

‘Money Heist’ dibintangi oleh barisan pelakon berbakat yang diketuai oleg Alvaro Morte sebagai ‘the Professor’ bersama Ursula Corbero, Itziar Ituno, Pedro Alonso, Miguel Herran, Jamie Lorente dan ramai lagi, Dan untuk Part 5 ini, Netflix akan memperkenalkan tiga lagi watak baharu yang pastu menghangatkan lagi musim terakhir kali ini.

PATRICK CRIADO sebagai RAFAEL dan PEDRO ALONSO sebagai BERLÍN (Cr. TAMARA ARRANZ/NETFLIX © 2020)

Menurut Berlin lakonan Pedro Alonso, seorang anak itu adalah seperti ‘bom nuklear yang akan memusnahkan segalanya’ ketika dia berbicara dengan Rio lakonan Migeul Herran pada musim pertama siri ini. Kemudian, penonton diperkenalkan kepada anak Berlin iaitu Rafael yang dilakonkan oleh Patrick Criado (Polis Rusuhan). Rafael kini berusia 31 thaun dan belajar kejuruteraan computer di MIT di Massachusetts. Satu perkara yang jelas mengenainya; dia tidak mahu menjadi seperti bapanya!

MIGUEL ÁNGEL SILVESTRE sebagai RENÉ dan ÚRSULA CORBERÓ sebagai TOKIO (Cr. TAMARA ARRANZ/NETFLIX © 2020)

Pemulaan musim terakhir ini juga, penonton akan diperkenalkan dengan karakter baharu. “Nama saya Tokio. Tetapi bukan di awal kisah ini, bukan. Ini adalah saya… dan cinta hati saya. Kali terakhir saya melihatnya, saya meninggalkan dia yang dipenuhi darah dengan mata terbuka.” René lakonan Miguel Angel Silvestre merupakan kekasih hatinya sebelum Silene Oliveira menyedari adakalanya sesuatu yang sempurna itu boleh menjadi ksesalahan terbesar.

Karakter ketiga yang bakal menghangatkan kali adalah Sagasta lakonan Jose Manuel Seda. Dia adalaf Komander kepada Unit Khas di Angkatan Tentera Sepanyol. Dia punya banyak pengalaman dalam misi antarabangsa untuk memerangi kejahatan, yang menjadikan dia sama seperti orang jahat yang dibunuhnya. Apabila dia menyarungkan uniform, dia terus menjadi seorang yang analitikal, menggerunkan dan tiada hati perut, lantas dia akan melakukan apa sahaja untuk melengkapkan misinya.

La Banda is back! Money Heist Part 5: Volume 1 akan dilancarkan pada 3 September 2021 secara eksklusif di Netflix. Volume 2 pula akan ditayangkan pada Disember nanti.

Foto: Netflix Malaysia

Baca lebih lanjut: 7 FILEM INSPIRASI ATLET PERLU TONTON OLEH PEMINAT SUKAN

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

David Beckham

ANTARA CITA-CITA & CINTA, DOKUMENTARI DAVID BECKHAM DEDAH SISI PERIBADI

Bacaan Lanjut

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2023

Bacaan Lanjut

KENALI THE NEW INTERNET CRUSH, TAYLOR ZAKHAR PEREZ

Bacaan Lanjut
rancangan baru september 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2023

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TERBITKAN FILEM ADAPTASI NOVEL BERSAMA NETFLIX

PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TERBITKAN FILEM ADAPTASI NOVEL BERSAMA NETFLIX

Bacaan Lanjut
PERSOALAN MENGAPA AARON AZIZ & IEDIL PUTRA SEPENTAS DENGAN CHRIS HEMSWORTH TERJAWAB

PERSOALAN MENGAPA AARON AZIZ & IEDIL PUTRA SEPENTAS DENGAN CHRIS HEMSWORTH TERJAWAB

Bacaan Lanjut