Skip to content

KIA STRINGER GT LEBIH MENYENGAT

Kongsikan artikel ini

Kia Stinger GT, taruhan terbaru dari KIA dilancarkan baru baru ini dan dianggap pesaing unggul kepada BMW 4-Series GranCoupe. Ia menampilkan susuk badan yang lebih seksi dan tegap buat sebuah sedan.  Kia Stinger GT ini baru sahaja diperkenalkan kepada orang awam sempena Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2017 atau lebih dikenali sebagai Pameran Auto Detroit 2017 yang membuka tirai pada 8 Januari lalu.

15966170_1507534779274055_8651674111540649556_n

(Photo credit: NetCarShow.com)

Menariknya, model Stinger ini hadir dengan dua jenis enjin iaitu yang pertama dengan 2.0 liter 4 silinder dengan kuasa 255hp dan satu lagi 3.3-liter V-6 dengan kuasa 365hp. Jadi pengguna mempunyai pilihan sama ada mahu membeli model entry-level atau model yang lebih power. Untuk model Stinger 3.3-liter V-6, model ini dikatakan mampu mencecah top speed 270KM/J. Terbaik!

Dari segi deko dalamannya pula, ianya  dilengkapi skrin sentuh 7 inci, cruise control, sistem emergency braking terbaru dan jika anda mahu, anda boleh add-on sistem audio 15 speakers Harman/Kardon termasuk subwoofers di bawah tempat duduk depan, walaupun saling tidak tumpah dengan Y model Mercedes.

15941447_1507534809274052_5833558568837124707_n

(Photo credit: NetCarShow.com)

 

Buat masa kini, kereta ini dikhabarkan akan mula dipasarkan di Eropah dan Amerika Syarikat bermula musim panas tahun ini. Apa pendapat anda tentang kereta ini? Sama-sama kita nantikan harga yang akan ditawarkan nanti. Saksikan video ini bagi melihat perincian KIA Stringer GT ini.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Januari 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BMW 5 SERIES PENERAJU PERUBAHAN BAHARU

Bacaan Lanjut

SENSASI MINI ELECTRIC GENERASI TERKINI

Bacaan Lanjut

Victory Travels In Louis Vuitton

Bacaan Lanjut

Porsche Taycan Cross Turismo: Kereta Sport Elektrik All-Rounder

Bacaan Lanjut

Recharge Bersama Volvo XC40 Recharge T5

Bacaan Lanjut

Porsche Mempersembahkan 911 GT3 Dengan Desain Baharu

Bacaan Lanjut