KONGSI RASA KESYUKURAN DAN KETULUSAN DENGAN KEMPEN “GIFTING GRATEFUL” DARI CB&TL
Musim saling berkongsi dan menyayangi kembali lagi, dan ketika keluarga dan rakan berkumpul meraikan suasana istimewa ini, waktu ini juga merupakan masa terbaik untuk mencermin dan menunjukkan penghargaan atas perkara-perkara baik yang telah berlaku sepanjang tahun, sama ada membeli hadiah yang bermakna untuk orang tersayang atau membawa mereka untuk menikmati hidangan menyelerakan seperti menu terbaharu musim cuti hanya di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia!
Minuman Perayaan Istimewa untuk Semua!
Bagi menyempurnakan suasana perayaan kali ini, CB&TL menyajikan menu edisi terhad menampilkan gabungan keseronokan baharu bersama dengan kegemaran klasik. Pencinta kopi boleh memilih daripada minuman Ice Blended® Salted Popcorn atau Double Chocolate Peppermint (kecil RM16.50, sederhana RM18), juga tersedia dalam minuman latte panas atau ais (kecil RM15.95, sederhana RM17.45). Terdapat juga Holiday Blend istimewa (kecil RM8.60, sederhana RM9.65) atau, untuk minuman yang lebih kuat lagi menyelerakan, cubalah Peppermint Nitro Latte (RM15.95)!
Bagi mereka yang lebih suka untuk pilihan yang berbeza, Pure Double Chocolate Peppermint dan Pure Red Velvet tersedia dalam Ice Blended® (kecil RM16.50, sederhana RM18) atau minuman koko panas (kecil RM15.95, sederhana RM17.45).
Untuk padanan seleksi minuman lazat ini, antara pilihan menu Holiday yang menyelerakan kini tersedia buat anda – pilihlah dari Comet’s Choc Cheesecake, kek keju ringan bercoklat dihiasi buah beri dan krim segar (RM13.95 setiap keping, RM139.90 untuk kek 1.1.kg), Rudolph’s Sleigh dengan krim coklat lazat, puf krim dan badam rangup (RM13.95 setiap keping); Dasher’s Snow Surprise yang boleh didapati dalam variasi kek buah, red velvet atau brownie (RM148 untuk kek 1.9kg); atau Classic Winter Log (RM13.95 untuk sekeping, RM139.90 untuk kek 1.3kg).
Hidangan bermusim istimewa yang lain termasuk Prancer’s Passion, kek buah markisa dan mangga (RM6.90 sekeping, RM45 untuk keseluruhan kek), 101 North Pole gingerbread spice berbentuk rumah (RM125); Blitzen’s Stollen yang kaya dengan sultana, kayu manis dan marzipan (RM6.90 sekeping, RM45 untuk keseluruhan roti); Jolly Breadman (RM6.90 sekeping); dan Dancer’s Holiday Cookie, hidangan dengan tiga kali ganda coklat (RM6.90 untuk sekeping).
Dengan pelbagai pilihan yang tersedia, peminat kini boleh membeli Sampler Gifting Grateful dengan lebih mudah, cara terbaik untuk berkongsi dan menunjukkan rasa penghargaan buat mereka yang tersayang dengan seleksi Classic Winter Log, Jolly Breadman, Tat Strawberi dan Comet’s Choc Cheesecake, semuanya hadir dengan saiz kecil yang senang dimakan, hanya RM99 untuk pek 20 keping!
Di samping itu, seleksi hadiah yang boleh anda berikan: serbuk kopi Holiday Blend dengan tiga panggangan berbeza (RM39 satu pek atau RM118 untuk Set Hadiah); set Hadiah Espresso (RM88); serbuk edisi terhad (RM40 setin); dan cawan dengan rekaan perayaan (RM48) serta botol tumbler (RM138).
Mulakan tahun ‘Gifting Grateful’ dengan promosi awal: diskaun 20% untuk kek Holiday, pek parti dan roti tradisional Holiday pilihan dengan kad CB&TL atau menerusi pesanan dalam talian sehingga 10 Disember 2019, dan nikmati potongan 30% untuk model terpilih Mesin ‘Single Serve’ CB&TL iaitu Bianca, Clio, Venus, Desto, Kaldi dan Contata sehingga 26 Disember!
Untuk maklumat lanjut tentang menu Holiday CB&TL, tawaran terkini, berita dan promosi, ikuti laman Facebook CB&TL www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau akaun Instagram CB&TL @coffeebeanMY, atau lawati website www.coffeebean.com.my.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 CABARAN BESAR LELAKI KETIKA USIA PERTENGAHAN & CARA MENANGANINYA
Lelaki usia pertengahan sering berdepan cabaran hidup yang tak terduga. Ketahui lima cabaran utama dan cara bijak untuk mengatasinya.
5 CARA EFEKTIF MENGHILANGKAN KULIT KUSAM UNTUK LELAKI
Ketahui lima cara mudah dan berkesan untuk lelaki menghilangkan kulit kusam dan mendapatkan kulit yang lebih segar serta sihat.
BRAD PITT PANDU SENDIRI DI DALAM F1 THE MOVIE!
Bersedia untuk pengalaman perlumbaan yang bukan biasa-biasa? F1 The Movie akhirnya memecut masuk ke pawagam dan membawa penonton terus ke jantung dunia Formula 1 dengan kelajuan yang gila, aksi yang menggetarkan dan gaya yang penuh kelas. Bukan sahaja Brad Pitt memegang watak utama sebagai pelumba veteran, tetapi apa yang membuatkan filem ini lebih ‘cool’ adalah…
6 CARA KEKAL BERSIH UNTUK LELAKI BANYAK BULU
Ketahui enam tips dan cara mudah untuk kekal bersih dan segar walaupun anda berbulu. Penting buat lelaki dalam kategori 'hairy'.
GAYA SELEBRITI ASIA DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Selebriti-selebriti Asia mendominasi musim fesyen kali ini dengan wajah mereka berada di serata acara Milan Fashion Week Men's SS26.
GLAM LELAKI BERKONGSI TIPS MEMILIH SELUAR DALAM YANG BAIK UNTUK KAUM LELAKI
Memilih seluar dalam yang sesuai bukan sekadar soal gaya, tetapi juga berkait rapat dengan keselesaan, kesihatan, dan keyakinan diri lelaki.