Skip to content

KONSOL ‘GAMING’ NINTENDO KINI KEMBALI DENGAN SWITCH

Kongsikan artikel ini

Buat kaki gamers, berita baik untuk anda. Nintendo baru-baru ini telah mengadakan acara pelancaran konsol terbaru mereka, iaitu Nintendo Switch, dan khabarnya akan mula dijual di Malaysia bermula 3 Mac nanti dengan harga RM1350. Cant wait!

Khabarnya, Nintendo Switch menawarkan rekaan yang boleh disambungkan kepada televisyen melalui dok khusus, malah ia turut boleh ditanggalkan dan dimainkan secara berasingan sebagai sebuah konsol mudah-alih. Yang bestnya konsol ini akan menawarkan sokongan yang tidak diterhadkan untuk sesuatu negara, sekaligus membolehkan anda mendapatkannya dari mana-mana, dan memainkan sebarang permainan khusus untuknya.

NintendoSwitch_hardware.0.0

Nintendo Switch adalah skrin sentuh hadir dengan dua alat kawalan mudah-alih yang membolehkan anda mengawal permainan atau memainkan sesuatu permainan bersama rakan lain.

Disamping itu, konsol baru ini turut akan hadir dengan sokongan Nintendo Switch Online Services, yang membolehkan anda memainkan sesuatu permainan bersama-sama rakan lain melalui atas-talian, lebih kurang seperti apa yang ditawarkan oleh Sony melalui PlayStation.

NintendoSwitch_hardware2.0

Dari segi spesifikasi pula, Nintendo Switch hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci, memori 32GB dan dilengkapi paparan 720p serta resolusi 1080 apabila dihubungkan ke peti televisyen anda. Turut menggunakan kad fizikal dinamakan GameCards untuk permainan.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 Januari 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Bacaan Lanjut

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Bacaan Lanjut

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
samsung galaxy tab s9

APA YANG MENARIK DENGAN SAMSUNG GALAXY TAB S9 TERBAHARU?

Bacaan Lanjut