KOPI KEGEMARAN ANGEL CHEN UNTUK TAHUN BARU CINA
Bersempena kehadiran Tahun Baru Cina, Angel Chen berkolaborasi bersama Nespresso untuk koleksi kopi, mesin dan juga aksesori edisi terhad.
Tahun Baru Cina bakal tiba tidak lama lagi. Kemeriahan Tahun Arnab semakin terasa dengan pelancaran kopi istimewa bersama pereka fesyen terkenal, Angel Chen. Koleksi kolaborasi Nespresso x Angel Chen ini akan menampilkan kopi kegemarannya, smesin serta pilihan aksesori yang edisi terhad.
Angel Chen merupakan antara bakat fesyen dari China yang berjaya mencipta nama di pentas antaranbangsa. Berasal dari Shenzen, dia terbang ke London untuk meneruskan pengajian di Central Saint Martins. Kini, ramai selebriti dilihatkan menggayakan rekaannya seperti Bella Hadid, Charli XCX dan Fan Bingbing.
Menyuntik gaya ikonik dalam menerap warna eksklusif serta gabungan paparan estetik Timur dan Barat, kolaborasi ini mengangkat ciri kesepaduan rekaan tampal motif Arnab. Ia meurpakan interpretasi kreatif terhadap haiwan yang dikaitkan dengan simbol keanggunan, kebijaksanaan serta lambang permulaan baharu.
Diperbuat daripada bahan sulaman tangan dan renda koleksi Angel Chen serta beg jut Nespresso yang dikitar semula, rekaan tampal cantum ini pragmatik dalam memberikan wajah baru sebagai lambang persahabatan meraikan detik istimewa. Bahan kitar semula ini akan dipamerkan di butik Nespresso di The Gardens Mall sempena musim perayaan ini.
Kopi Kegemaran Angel Chen
“Kolaborasi ini adalah kerjasama amat paling istimewa dan kreatif bagi untuk saya. Disebabkan tema rekaan berkisar tahun arnab, maka saya membuat banyak penyelidikan kajian mengenai bahan dan kaedah cara tampal cantum atau patchwork. Ilham cipta juga terbit daripada lawatan ke butik Nespresso di mana saya dapati betapa cantiknya rekacipta berasas kapsul kopi kitar semula,” kata Angel Chen.
“Seronok punya kebebasan mengolah cipta guna warna, cetak dan fabrik, serta mengadun rekaan tampal dan cantum bertema arnab. Inspirasi juga terbina setelah melihat bagaimana bahan kitar semula boleh digunakan,” tambahnya lagi.
Anda boleh mendapatkan 15 sleeve (150 kapsul) kopi Nespresso dan bawa pulang beg uncang kain kapas Angel Chen percuma, dua set Paket Merah Nespresso dan Klub Kredit Nespresso bernilai RM38. Beg uncang buatan eksklusif ini dipadankan dengan patchwork motif arnab rekaan Angel Chen, diperbuat daripada bahan kitar semula berkualiti.
Sementara itu, mug kembara Nespresso x Angel Chen edisi terhad berwarna merah raya turut ditawarkan di semua butik pada RM129. Dalam menyambut musim perayaan, anda boleh dapatkan CNY 5-sleeve dan mug kembara dengan pakej CNY istimewa RM238. Selain itu, nikmati penjimatan 20% pada semua rangkaian koleksi VIEW.
Rangkaian kopi edisi terhad ini boleh didapati di butik Nespresso terpilih atau melalui aplikasi mudah alih Nespresso, dan laman web rasmi Nespresso (www.nespresso.com).
Foto: Nespresso Malaysia
Baca lebih lanjut: DESTINASI PERCUTIAN PERLU ANDA KUNJUNGI BERDASARKAN ZODIAK CINA 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
IDEA STAIL TAHUN BARU DARI LOEWE
What to buy this month? Semak beg Bunny LOEWE yang cukup istimewa, langsung menyuntik semangat tahun baru yang optimis dalam penampilan.
KOLEKSI KASUT VANS EKSKLUSIF BERSAMA MIRO & WUJO SEMPENA TAHUN BAHARU CINA
Bersempena dengan kehadiran Tahun Baharu Cina, Vans mempersembahkan koleksi kasut yang luar biasa melalui kolaborasi bersama Miro & Wujo.
DESTINASI PERCUTIAN PERLU ANDA KUNJUNGI BERDASARKAN ZODIAK CINA 2023
Tahun ini, destinasi percutian untuk zodiak Naga adalah kota Paris. Apa pula lokasi yang perlu anda kunjungi berdasarkan zodiak Cina anda pada 2023?
ASHLEY OLSEN & LOUIS EISNER DISATUKAN DALAM MAJLIS PERKAHWINAN INTIM
Mogul fesyen dan usahawan, Ashley Olsen selamat bergelar isteri kepada pelukis terkenal, Louis Eisner pada minggu lalu.
MENU ISTIMEWA TAHUN BAHARU CINA DI W KUALA LUMPUR
Bersempena Tahun Baharu Cina kali ini, W Kuala Lumpur bakal menyajikan menu kulinari cita rasa kegemaran dengan sentuhan kontemporari yang menyeronokan.
RAIKAN TAHUN BARU BERSAMA KIEHL’S
Kolaborasi yang kelima Kiehl’s bersama ilustrator artis, Shan Jiang untuk koleksi edisi terhad sempena sambutan tahun baru Lunar 2023.