MENEROKA TELEFON PINTAR TERHEBAT – FIND X2 PRO 5G
OPPO kini memperkenalkan pengganti yang lebih sempurna dan elegan, dengan matlamat untuk mengeluarkan jurugambar di dalam diri anda dan membebaskan sisi kreatif diri, dan membolehkan anda menjadi seperti Hanis Zalikha, pemenang anugerah yang juga merupakan seorang blogger, model dan pelakon.
Peneman harian yang berkuasa
Sistem kamera berkuasa pada Find X2 5G Pro membantunya melakukan semua ini, dengan memberikannya keupayaan untuk menangkap imej-imej yang menakjubkan serta video-video yang luar biasa. Dan dengan perisian yang mudah digunakan seperti aplikasi OPPO Soloop, merakam kandungan seperti profesional kini menjadi lebih mudah. Siri Find X2 ini juga membantu beliau menggambarkan dengan lebih jelas dan cekap produk akhir sebarang kandungan yang beliau tangkap atau rakam dengan kadar penyegaran 120Hz, lalu memberikan hasil pandangan yang sempurna yang menyingkirkan segala cacat cela dari pengalaman beliau.
Model flagship 5G pertama OPPO
Dilengkapi dengan teknologi terkini 5G, Find X2 5G Pro adalah model flagship 5G pertama OPPO yang dijanakan oleh pemproses mudah alih terkini Qualcomm, Snapdragon 865. Pemproses ini dilengkapi dengan AI Engine generasi kelima, yang dijamin akan memberikan pengalaman pengguna yang lebih cepat, lancer dan lebih baik. Tambahan, Find X2 Pro 5G menyokong Smart 5G, yang membolehkan para penggunanya mengoptimumkan penggunaan kuasa dan memuat turun dua aplikasi dalam satu masa, di mana satu menggunakan 5G Wi-Fi dan satu lagi menggunakan 5G, yang secara teorinya memberikan kelajuan muat turun sehingga 5.9Gbps.
Kecanggihan dan keanggunan adalah kunci utama
Membawa kecanggihan dan keanggunan ke satu tahap yang berbeza, OPPO bertekad untuk memberikan para penggunanya keseimbangan yang sempurna dari segi penglihatan dan rasa. Find X2 Pro 5G mempunyai reka bentuk melengkung yang paling maju dalam mana-mana reka bentuk telefon bimbitnya sehingga kini yang memberikan reka bentuk simetri sempurna. Paparannya juga sangat mengagumkan dengan bezel yang minimal. Ini amat membantu dalam memberikan pengalaman yang lebih menakjubkan.
OPPO Find X2 5G boleh didapati pada harga RM3,999 manakala OPPO Find X2 5G Pro berharga RM4,599. Para pelanggan boleh mula membuat tempahan pra-pesanan bermula 6 Mac 2020 untuk kedua-dua peranti tersebut di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, rakan e-dagang; rakan telekomunikasi Celcom, Maxis, Digi dan rakan kedai rangkaian OPPO iaitu Sen Heng, senQ, DirectD dan juga Aeon Credit.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Armani Exchange Singkap Mood Cerita & Penuh Tenaga
Untuk musim bunga 2023, Armani Exchange sambut tenaga vibrant yang akan mendukung setiap gerak anda.
SKY ISKANDAR, MODEL & USAHAWAN ERA BAHARU. “I’M A DREAMER, I DREAM BIG AND I DON’T SETTLE”
Kenali Sky Iskandar, bergelar model, usahawan dan mula menceburi bidang lakonan. Bercerita tentang fesyen dan gaya peribadinya.
5 SEBAB KOLEKSI MUSIM BUNGA 2023 UNIQLO U ADALAH KOLEKSI ASAS TERBAIK.
Koleksi UNIQLO U yang terbaru mengilhami tema ‘A Sense of Ease’, mewujudkan tampilan sederhana yang moden.
IDEA STAIL TAHUN BARU DARI LOEWE
What to buy this month? Semak beg Bunny LOEWE yang cukup istimewa, langsung menyuntik semangat tahun baru yang optimis dalam penampilan.
CAI XUKUN, BINTANG ASIA SAMBUT TAHUN BARU LUNAR BERSAMA PRADA
Bintang terkemuka Asia terpilih menghiasi kempen Prada dedikasi Tahun Baru Lunar 2023.
KEMBARA STYLISH DENGAN “LOGO MOSCHINO”
Menyambut musim liburan, Moschino hadirkan koleksi kapsul penuh gaya “LOGO MOSCHINO”. Semak lima gaya pilihan GLAM Lelaki.