MENGAPA GEORGE CLOONEY MEMEGANG CAWAN KOPI KOSONG?
Kempen The Empty Cup menandakan buat kali pertama George Clooney digambarkan memegang cawan kosong untuk menggantikan kopi Nespresso.
Dalam meraikan Hari Kopi Antarabangsa, Nespresso selaku peneraju kopi berkualiti mahu menonjolkan ancaman perubahan iklim kepada pengeluaran kopi global dan usaha untuk melindunginya. Bintang Hollywood, George Clooney menerusi kempen The Empty Cup tampil dengan cawan kopi yang kosong sebagai simbol risiko yang dihadapi penanam kopi di seluruh dunia.
Kempen The Empty Cup menandakan kali pertama bintang filem terbaharu “Ticket to Paradise” iaitu George Clooney yang merupakan duta jenama jangka panjang Nespresso, digambarkan memegang cawan kosong untuk menggantikan kopi Nespresso.
“Ancaman perubahan iklim adalah nyata dan petani kopi berada di barisan hadapan. Adalah penting untuk kita memperkasakan komuniti ini untuk membina daya tahan kewangan dan alam sekitar, supaya mereka bukan sahaja dapat bertahan tetapi berkembang maju dan makmur,” kata George Clooney.
Tambahnya lagi, “Konsep ini asas kepada pendekatan Nespresso. Namun usaha ini bukan sekadar untuk kopi. Perubahan iklim bukanlah sesuatu yang boleh diperbaiki oleh sebuah syarikat atau industri. Ia memerlukan tindakan segera dan berani pada skala global. Risiko yang kita hadapi adalah tinggi.”
Menjamin dan melindungi masa depan kopi berkualiti tinggi merupakan teras kepada strategi Nespresso sejak 20 tahun yang lalu. Dilancarkan pada 2003 dengan Kerjasama Rainforest Alliance, Program Nespresso AAA Sustainable Quality dapat membantu meningkatkan hasil dan kualiti penuaian sambil melindungi alam sekitar dan meningkatkan kehidupan petani dan komuniti mereka.
Kesan perubahan iklim dirasai secara teruk di Puerto Rico di mana lima tahun lalu, taufan memusnahkan pengeluaran kopi sebanyak 80 peratus tanaman di kepulauan itu. Berkat usaha program pelbagai pihak, termasuk Nespresso, hasil tuaian tahun ini buat pertama kali diramalkan kembali ke paras sebelum berlakunya taufan tersebut.
Foto: Nespresso Malaysia
Baca lebih lanjut: 10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG NOVEMBER 2022 [UPDATED]
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOPI KEGEMARAN ANGEL CHEN UNTUK TAHUN BARU CINA
Bersempena kehadiran Tahun Baru Cina, Angel Chen berkolaborasi bersama Nespresso untuk koleksi kopi, mesin dan juga aksesori edisi terhad.
RAIKAN CITA RASA KOPI IKONIK BERSAMA PIERRE HERMÉ DI MALAYSIA
Kerjasama kopi edisi terhad antara Nespresso dan cef pastri ikonik Perancis, Pierre Hermé dalam meraikan keindahan musim perayaan akhir tahun bersama seisi keluarga.
PERTALIAN UNIK ANTARA JULIA ROBERTS & MARTIN LUTHER KING JR.
Julia Roberts mendedahkan dia mempunyai hubungan tidak langsung dengan ikon hak sivil tersohor, Martin Luther King Jr.
KENALI MAXIME BOUTTIER, PELAKON ‘TICKET TO PARADISE’ DARI INDONESIA YANG KACAK & ADA STYLE
Siapakah Maxime Bouttier? Ayuh kenali pelakon & pemuzik kacak kacukan French-Indonesian ini yang berlakon dalam ‘Ticket to Paradise’.
DUA LELAKI PALING TAMPAN DI DUNIA MENURUT PANDANGAN BRAD PITT
Brad Pitt yang tersenarai antara lelaki paling tampan di dunia telah menamakan dua aktor yang dirasakannya layak memegang gelaran tersebut.
NESPRESSO MOMENTO COFFEE: MESIN KOPI TANPA SENTUHAN
Nespresso Professional memperkenalkan Nespresso Momento Coffee, sebuah sistem kopi tanpa sentuhan; kopi organik pertama, Peru Organic; dan set menu eksklusif bersama W Kuala Lumpur.