Mesej Misteri Pada Lukisan ‘The Scream’ oleh Edvard Munch Akhirnya Terungkai
Misteri mesej ‘can only been painted by a madman’ yang diconteng pada karya seni ‘The Scream’ oleh Edvard Munch akhirnya terjawab selepas kajian yang dilakukan oleh National Museum of Norway.
Mesej kecil penuh misteri yang dijumpai pada lukisan ‘The Scream’ oleh Edvard Munch akhirnya terjawab. Tulisan ‘can only been painted by a madman’ yang dirahsiakan dalam salah satu karya seni paling ikonik itu merupakan tulisan pelukisnya sendiri selepas kajian terbaharu ke atas lukisan itu.
Imbasan cahaya inframerah yang dilakukan oleh National Museum of Norway telah mengesahkan mesej misteri itu telah ditulis sendiri oleh Edvard Munch. Tulisan kecil yang boleh dilihat pada bahagian atas kiri lukisan itu telah menjadi perbincangan pakar dan peminat seni sejak dahulu lagi. Ramai yang mempercayai ia adalah kesan vandalisme selepas lukisan itu dicuri daripada sebuah muzium seni di Norway pada 1994.
Menurut kajian yang dilakukan, tulisan ‘can only been painted by a madman’ telah ditulis pada sekitar 1895 selepas ia dipamerkan di kota asalnya sendiri, iaitu Oslo (dulunya dikenali sebagai Kristiania) pada 1895. Berdasarkan diari miliknya,dia terkesan dengan rekasi negatif yang diterima dan menulis mesej menggunakan pensil selepas itu.
Edvard Munch adalah seorang pelukis Expressionist kelahiran Norway. Walau bagaimanapun, dia didapati mengalami masalah kesihatan mental sepanjang hidupnya. Kedua bapa dan kakaknya juga mengalami masalah yang sama. Edvard Munch telah dimasukkan hospital selepas mengalami tekanan dan kerosakan saraf pada 1908.
‘The Scream’ yang dihasilkan pada 1893 adalah antara karya seni yang paling ikonik. Ia telah memberikan inspirasi kepada budaya pop dunia melalui filem Hollywood seperti siri filem Scream. Dan terbahru telah dijadikan sebagai emoji.
Lukisan itu sedang menjalani proses pemuliharan sebelum ia mula dipamerkan bersama karya Edvard Munch lain seperti Madonna, The Dance of Life dan Self-Portrait with Cigarette di National Museum of Norway pada tahun hadapan.
Foto: National Museum of Norway
Baca lebih lanjut: KARYA SANDRO BOTTICELLI DIJUAL DENGAN HARGA US$92 JUTA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
REXKL MELANCARKAN REXPERIENCE – SEBUAH GALERI SENI IMERSIF TERBAHARU DI KUALA LUMPUR
REXPERIENCE melancarkan pameran seni imersif sulung “Other World” yang akan dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari bermula 20 September 2023 di REXKL.
PENAMPILAN LELAKI DI MET GALA PALING DIINGATI
Sempena MET Gala yang akan berlangsung esok, kami memperingati penampilan selebriti lelaki di MET Gala paling diingati.
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”
Kenali Adrien Kent. Seorang individu yang memiliki stail yang tersendiri dan berani mencuba. We admire his style!
PAMERAN VAN GOGH ALIVE KINI DI MALAYSIA
Pameran kesenian yang emersif dan interaktif terkenal dunia, “Van Gogh Alive” kini dibuka di Malaysia bermula 17 Disember 2022.
LOUIS VUITTON AEROGRAM SIMBOL APRESIASI MODEN
Louis Vuitton hadirkan koleksi Aerogram yang distingtif pada tiap rekaan nyatanya terkandung inspirasi penuh makna dan sarat kegunaan.
#GL15TAHUN HIS LASTING IMPACT, KENJI CHAI
Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan HIS LASTING IMPACT, KENJI CHAI.