MOONLIT FEVER DI W KUALA LUMPUR
Dalam meraikan Mid-Autumn Festival, W Kuala Lumpur memperkenalkan seleksi kuih bulan melalui Moonlit Fever Mooncake Collection yang chic penuh glamour.
Selari dengan gaya signature rangkaian hotel di seluruh dunia, W Kuala Lumpur terus mencabar sempadan trend fesyen dan desain dalam meraikan perayaan Kuih Bulan. Dalam meraikan Mid-Autumn Festival, W Kuala Lumpur memperkenalkan seleksi kuih bulan melalui Moonlit Fever Mooncake Collection yang chic penuh glamour.

Sunrise Orange
Kali ini, konsep dan desain pada kuih bulan akan fokus kepada beg penuh bergaya yang hadir dalam dua pilihan warna berbeza iaitu Emerald Green dan Sunrise Orange. Pemilihan dua warna yang bold ini berinspirasikan rekaan dan paten daripada rumah fesyen utama yang menjadi trend untuk 2022 Acoording to Design Pros.
Desain beg Sunrise Orange sesuai buat mereka yang mahukan perhatian dan mencipta statement fesyen yang tersendiri. Manakala, bekas dalam warna Emerald Green pula dihasilkan buat mereka yang mahukan gaya lebih kemas dan classy. Kedua-dua konsep yang berlawanan ini memberikan perspektif yang moden dan segar, selari dengan imej W yang lebih dewasa.

Emerald Green
Sinergi konsep Moonlit Fever ini juga boleh disaksikan pada rekaan beg yang menggabungkan garis geometri dan bulat pada seni pembuatan kayu Malaysia. Warisan budaya Melayu ini kesatukan dengan seni bina moden hotel iaitu “Conflence” serta “Mod dan Retro”.
Rangkaian Moonlit Fever Mooncake Collection ini hadir dalam variasi perisa seperti Pure Lotus, Lotus Paste With Single Yolk, Red Bean Paste Mandarin Skin, Momoyama, Lotus Seed Paste Double Yolk, Tiramisu dan Mix Nuts. Setiap beg boleh didapati pada harga RM238 dan RM268, bermula 15 Ogos sehingga 10 September 2022 di W Kuala Lumpur.

Moonlit Fever Afternoon Tea
W Kuala Lumpur turut sama akan memperkenalkan Moonlit Fever Afternoon Tea bersempena kehadiran Mid-Autumn Festival nanti. Inspirasi mod dan retro ini akan diterjemahkan dalam cita rasa yang menarik oleh Cef Pastri Kevin Yong. Bakal bermula pada 2 Ogos sehingga 30 September 2022, setiap set boleh dinikmati pada harga RM138 setiap set. Juga boleh ditempah untuk dinikmati di rumah pada RM178 melalui khidmat penghantaran https://wkualalumpur.oddle.me.
Foto: W Kuala Lumpur
Baca lebih lanjut: ACME SOCIETY, EPILOG SIRI TRILOGI WARDROBE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENU ISTIMEWA TAHUN BAHARU CINA DI W KUALA LUMPUR
Bersempena Tahun Baharu Cina kali ini, W Kuala Lumpur bakal menyajikan menu kulinari cita rasa kegemaran dengan sentuhan kontemporari yang menyeronokan.
5 SEBAB ANDA PERLU RAI AKHIR TAHUN DI THE CHOW KIT HOTEL
Dalam meraikan perayaan akhir tahun, The Chow Kit – An Ormond Hotel akan menampilkan seleksi kulinari serta hadiah istimewa untuk dikongsikan bersama keluarga.
CITA RASA TRUFFEL OSUSUME DI NOBU KL
Sepanjang November ini, Nobu KL memperkenalkan seleksi menu Truffle Osusume dalam mengetengahkan karakter kulinari paling berharga.
VICEROY BALI, SYURGA ALAM SEMULAJADI DI UBUD, BALI
Berlokasi di antara lereng bukit dan Sungai Petanu, Viceroy Bali merupakan destinasi penginapan luar biasa yang dikelilingi keindahan alam semulajadi di Ubud, Bali.
MORY SACKO, RESTORAN LOUIS VUITTON PERTAMA
Louis Vuitton mempersembahkan restoran pertama dengan sentuhan cef bintang Michelin, Mory Sacko yang terletak di destinasi peranginan ikonik, Saint-Tropez.
NEO-FOODISM DI FLOCK, W KUALA LUMPUR
Dari ladang terus ke W Kuala Lumpur, Flock yang merupakan restoran sepanjang hari menyajikan seleksi menu Pan-Asia baharu yang moden dengan sentuhan cita rasa lokal penuh warna.