Skip to content

MORY SACKO, RESTORAN LOUIS VUITTON PERTAMA

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Louis Vuitton mempersembahkan restoran pertama dengan sentuhan cef bintang Michelin, Mory Sacko yang terletak di destinasi peranginan ikonik, Saint-Tropez.

Rumah fesyen ikonik Paris, Louis Vuitton bersatu dengan bintang bahatu dalam dunia kunari Perancis dengan memperkenalkan pengalaman gastronomi unggul di White 1921 Hotel. Destinasi peranginan penuh legenda, Saint-Tropez yang terletak di French Riviera menjadi alamat baharu tiba musim panas untuk restoran Louis Vuitton pertama yang akan diketuai oleh cef bintang Michelin, Mory Sacko.

 

 

Dalam mengekalkan seni pengembaraan label ikonik ini, Mory Sacko akan mengetuai seni artistik restoran yang moden dan bertenaga. Pengaruh Afrika dan Jepun akan disulami seni kulinari savoir-faire Perancis dalam mempersembahkan menu global yang penuh dengan perincian. Mory Sacko juga mengetuai restoran MoSuke di kota Paris.

 

Mory Sacko

 

Bersama Louis Vuitton, barisan cef akan menampilkan restoran bermusim di White 1921 Hotel yang terletak di Place des Lices nan ikonik, yang berhampiran dengan pusat perkampungan Varois. Penempatan pinggir pantai yang elegan itu indah bagaikan syurga, jauh dari kesesakan pelancong musim panas.

 

 

Bagaikan sebuah oasis yang penuh ketenangan, restoran Mory Sacko di Louis Vuitton diterjemahkan oleh cef untuk memberikan pengalaman gastronomi mewah yang sofistikated, serta merikan kesegaran dan keharmonian. Buat julung kali, lokasi yang paling romantik di Saint-Tropez ini bakal menjadi destinasi yang menyatukan cita rasa bersama semngat kontemporari untuk sajian tengah hari dan malam.

 

1 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

mulut berbau puasa

4 TIP ELAK MULUT BERBAU KETIKA BULAN PUASA

Bacaan Lanjut
DEBUT JUSTIN TIMBERLAKE SEBAGAI MODEL LOUIS VUITTON

DEBUT JUSTIN TIMBERLAKE SEBAGAI MODEL KEMPEN LOUIS VUITTON

Bacaan Lanjut
marina bay sands Singapore

TEROKAI PERCUTIAN ERA BAHARU DI MARINA BAY SANDS, SINGAPURA

Bacaan Lanjut
LIMA BEG MENARIK DARI KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023

5 BEG LELAKI MENARIK DARIPADA KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI CHEF TABLE: PENGALAMAN KULINARI EKSKLUSIF YANG PERTAMA

Bacaan Lanjut
Pharrell Williams Louis Vuitton

PHARRELL WILLIAMS DILANTIK SEBAGAI PENGARAH KREATIF LELAKI LOUIS VUITTON

Bacaan Lanjut