Skip to content

MULAKAN KEMBARA DOWN UNDER DENGAN FILEM PENDEK “G’DAY”

Kongsikan artikel ini

Filem pendek “G’day” yang mengisahkan tentang pengembaraan epik ke seluruh Australia ini menampilkan pelakon popular, Rose Byrne dan Will Arnett.

Jika anda mempunyai impian untuk melancong ke Australia nanti, saya sarankan untuk menonton filem pendek berjudul “G’day” terlebih dahulu. Filem pendek aksi langsung mengenai pengembaraan sekitar Australia ini menampilkan dua pelakon popular iaitu bintang Australia, Rose Byrne dan Will Arnett.

Berdurasi selama 9 minit sahaja, filem pendek “G’day” merupakan sebahagian daripada kempen global Tourism Australia. Ia diarahkan oleh pengarah Australia, Michael Gracey yang terkenal melalui filem “The Greatest Showman”. Ia berlatarkan karakter patung kangaroo bernama Ruby yang disuarakan oleh Rose Byrne, bersama patung unikorn, Louie yang disuarakan oleh Will Arnett.

 

Rose Byrne

Filem pendek ini mengikuti pengembaraan antara Ruby dan Louie selepas mereka ‘melarikan diri’ dari kedai cenderamata berhampiran dengan Great Barrier Reef. Mereka memulakan kembara ke seluruh Australia dalam mengunjungi destinasi pelancongan ikonik seperti Sydney Harbour, jalanan Melbourne, serta landskap alam semulajadi terkenal seperti Uluru dan Nitmiluk Gorge.

Will Arnett

“Peluang untuk menyumbangkan suara kepada Ruby merupakan satu penghormatan, dia merupakan wakil sebenar sebagai warganegara Australia – dia mesra dan ramah, tetapi juga mempunyai sifat ingin tahu dan melihat Australia buat pertama kali. Saya teruja dapat membantu meraikan para pengunjung ke negara kami yang indah ini,” kata Rose Byrne yang juga merupakan duta global Tourism Australia.

Rose Byrne dan Charmaine Kulitja di Uluru-Kata Tjuta National Park, Northern Territory.

Penonton juga akan di bawa mengeksplorasi dan mendekati kebudayaan masyarakat asli Australia melalui filem pendek ini. Kebudayaan masyarakat asli ini menjadi tunjang utama dalam penghasilan karya ini, termasuklah melalui skor muzikal oleh composer Australia, Jonathan Dreyfus dan Amy Anderson yang menampilkan pemuzik legenda daripada masyarakat indigenous seperti William Barton, Frank Yamma, Marliya Gondwana Indigenous Girls Choir dan Iwiri Choir.

Melalui pengembaraan epik Ruby dan Louie ini, Tourism Australia mengajak rakyat Malaysia untuk Come and Say G’day! “G’day” boleh disaksikan melalui saluran Youtube dan australia.com/gday.

 

Foto: Tourism Australia

Baca lebih lanjut: 5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG ‘EUPHORIA’, JACOB ELORDI

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ACARA TAYANGAN PERDANA FILEM PENDEK ‘I AM WOMAN’ BERLANGSUNG MERIAH

Bacaan Lanjut
KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

Bacaan Lanjut

MANDIAN ORGANIK PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG ‘EUPHORIA’, JACOB ELORDI

Bacaan Lanjut

VICEROY BALI, SYURGA PERCUTIAN ALAM SEMULAJADI DI UBUD, BALI

Bacaan Lanjut

TEROKAI 5 PENGINAPAN AIRBNB PALING LUAR BIASA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut