KOREA FEST 2022 KEMBALI BERSAMA LEE JAE-WOOK
Korea Fest 2022 akan kembali lagi dengan kehadiran pelakon popular juga duta Korea Tourism Organization terbaharu, Lee Jae-wook.
Berita baik buat peminat segalanya Korea! Bermula 4 hingga 6 November 2022, Korea Fest 2022 akan kembali lagi dan akan diadakan di pusat beli-belah 1 Utama Shopping Centre. Festival selama tiga hari ini akan dianjurkan oleh Korea Tourism Organization dengan kehadiran duta terbaharu juga pelakon popular, Lee Jae-wook.
Festival yang dinantikan peminat Korea ini akan membariskan pelbagai aktiviti dan pengalaman dari K-beauty kepada K-culture, dan K-performance dan juga K-food. Buat yang merancang untuk melancong ke Korea pula, terdapat pelbagai tawaran menarik melalui Korea Travel Deals bersama rakan agensi pelancongan.
Buat peminat K-drama, Korea Tourism Organization telah mengumumkan pelantikan pelakon popular Korea Selatan itu sebagai duta terhormat terbaharu mereka. Bersempena dengan Korea Fest 2022, Lee Jae-wook akan bertemu dengan peminat Malaysia melalui sesi bertemu peminat “Annyeong Kawan with Lee Jae-wook” pada 5 November 2022 pada 5 petang.
Peminat berpeluang untuk bertemu dengan pelakon yang membuat debut dengan siri “Memories of the Alhambra” pada 2018. Dia terus mengukuhkan status sebagai pelakon lelaki utama melalui drama fantasi “Alchemy of Souls” pada 2022.
Bersama Lee Jae-wook, Korea Tourism Organization mahu memperkenalkan tarikan serta keunikan Korea Selatan kepada peminat melalui siri video melalui sosial media, selain sesi bertemu peminat yang diadakan eksklusif buat peminat K-drama dan juga K-pop.
Korea Fest 2022 akan berlangsung pada 4 hingga 6 November 2022 di LG Oval, 1 Utama Shopping Centre. Layari www.koreafest2022.com untuk maklumat lanjut.
Foto: Korea Tourism Organization
Baca lebih lanjut: MULAKAN KEMBARA DOWN UNDER DENGAN FILEM PENDEK “G’DAY”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS
Filem animasi K-Pop Demon Hunters menjadi satu fenomena dalam kalangan peminat filem dan muzik, dengan keunikkannya sendiri.
NEW RELEASE K-POP ANDA PATUT DENGAR DI SPOTIFY
Lagu-lagu new release K-pop semestinya menjadi satu keperluan untuk di dengari setiap kali dilancarkan di platform-platform muzik digital.
8 FAKTA MENARIK TENTANG HYUNJIN BERSAMA VERSACE
Hyunjin dari Stray Kids terus mencuri perhatian di Milan Fashion Week, terutamanya melalui kerjasama eksklusifnya dengan Versace.
TIRU GAYA RAMBUT BARU IKONIK IDOLA K-POP
Gaya rambut memainkan peranan besar buat lelaki. Setiap gaya rambut atau warna mampu mengubah aura yang ingin ditonjolkan.
KAI EXO TAMAT LATIHAN KETENTERAAN SELEPAS 2 TAHUN
The It Boy is back! Kai dari EXO akhirnya sudah menamatkan latihan ketenteraannya selepas setahun sembilan bulan.
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM
Sebagai seorang penggemar fesyen dalam industri muzik, koleksi jam tangan mewah BamBam mempunyai keunikkan tersendiri.