Skip to content

NEO-FOODISM DI FLOCK, W KUALA LUMPUR

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Dari ladang terus ke W Kuala Lumpur, Flock yang merupakan restoran sepanjang hari menyajikan seleksi menu Pan-Asia baharu yang moden dengan sentuhan cita rasa lokal penuh warna.

Dalam mengelevasikan pengalaman gastromoni di ibu kota, W Kuala Lumpur memperkenalkan seleksi menu baharu yang menjanjikan keseronokan. Flock yang merupakan restoran sepanjang hari menyajikan seleksi menu Pan-Asian baharu yang moden dengan sentuhan cita rasa lokal penuh warna.

Marriott International Hotel

Dari ladang terus ke Flock, pilihan menu baharu ini menggunakan bahan-bahan berkualiti, organik dan segar, yang kebanyakkannya daripada dalam negara seperti Tanah Tinggi Cameron. Lantas, pengunjung pasti merasai aroma penuh energi dalam suasana yang lebih santai.

Menu baharu restoran Flock dibahagikan kepada sajian tengah hari dan juga sajian malam yang boleh dikongsi bersama keluarga dan sahabat. Ia menerima sentuhan Cef Sous Eksekutif, Suhalmi Md Tahir dan juga Cef Pastri, Kevin Yong di bawah seliaan Cef Eksekutif, Haznizam Hamzah.

Berikut adalah hidangan baharu yang boleh anda cuba di Flock, W Kuala Lumpur:

Cameron Heirloom Tomato

Hidangan pembukaan ini bukan sahaja berkhasiat, ia cukup menyelerakan. Ia menggunakan beberapa jenis tomato organik dari Tanah Tinggi Cameron, bersama whipped ricotta, crisp dan pomegranate vinaigrette.

 

Roasted Local Eggplant

Satu lagi hidangan pembukaan yang boleh dikongsi bersama. Ia menggunakan terung tempatan bersama hummus bayam, avocado, kale Tuscan dan red mizuna leaf.

 

Whole Borneo Lobster Roti John

Tidak sempurna kunjungan anda ke Flock tanpa mencuba hidangan signature W Kuala Lumpur iaitu Roti John udang karang. Ia menggunakan isi udang karang dari Borneo bersama cabbage slaw dan juga ranch dressing.

 

Baca lebih lanjut: MENGAPA FILEM ‘LIGHTYEAR’ DIHARAMKAN DI MALAYSIA?

1 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MAKANAN MEWAH UNTUK SEISI KELUARGA, HIDANG

MAKANAN MEWAH UNTUK SEISI KELUARGA, HIDANG

Bacaan Lanjut
trx

5 SPOT MEETING DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE

ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE PERKENAL MENU BARU

Bacaan Lanjut
Restoran

5 SPOT RESTORAN MEWAH FOR ‘FIRST DATE’

Bacaan Lanjut
sheraton pj

CITA RASA AUTENTIK JEPUN DI MIYABI, SHERATON PETALING JAYA HOTEL

Bacaan Lanjut

THE RUMA HOTEL AND RESIDENCES MEMPERKENALKAN SAJIAN BAHARU EROPAH UNTUK ATAS

Bacaan Lanjut