OLIMPIK 2020 TETAP AKAN DITERUSKAN
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) tidak bercadang mengambil sebarang keputusan drastik berhubung penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan badan induk itu tetap komited untuk memastikan temasya berkenaan berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan biarpun dunia diselubungi penularan wabak koronavirus. Susulan perbincangan dilakukan bersama persekutuan sukan antarabangsa IOC berkata perubahan perlu dilakukan mengenai proses kelayakan susulan impak daripada wabak berkenaan.
Bagaimanapun, temasya terbesar dunia itu tetap akan berlangsung mengikut jadual asal bermula 24 Julai hingga 9 Ogos. “IOC kekal komited terhadap penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan berbaki empat bulan lagi sebelum temasya bermula, tidak perlu sebarang keputusan drastik buat masa ini. Sebarang spekulasi pada masa ini adalah tidak produktif.”
“IOC menggalakkan semua atlet untuk terus melakukan persiapan bagi menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebaik mungkin,” katanya, kurang sejam selepas Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengumumkan penangguhan Euro 2020 selama setahun dan akan berlangsung pada 2021.
Spekulasi mengenai penganjuran Olimpik Tokyo sebelum ini hangat diperkatakan susulan penularan Covid-19 yang sudah menjangkiti 190,000 orang dan meragut nyawa 7,500 orang di seluruh dunia. Hampir semua kejohanan dan acara sukan di seluruh dunia ditangguhkan sekali gus menjejaskan proses kelayakan Olimpik membabitkan 33 sukan.
Setakat ini, 57 peratus daripada 11,000 atlet sudah pun mengesahkan tempat beraksi pada Olimpik Tokyo 2020.
Bagi baki 43 peratus tempat lagi, IOC akan bekerjasama dengan persekutuan sukan antarabangsa untuk melakukan perubahan yang diperlukan dan sesuai berhubung proses kelayakan ke Tokyo 2020.
Sumber: Harian Metro
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FORMULA ANTIBAKTERIA PILIHAN MANDIAN MASA KINI
Hidup lebih baik, lebih terjaga dengan rangkaian mandian terbaru FOLLOW ME yang menyenangkan gaya hidup anda.
LEE MIN-HO BERSAMA BINTANG TERKEMUKA LAIN MENGHIASI KEMPEN BOSS
Selebriti Korea Selatan, Lee Min-ho antara yang menjadi wajah utama kempen BOSS musim luruh 2022. 'Attitude' BOSS yang baharu diterjemahkan melalui penampilan sekumpulan individu berpengaruh. WELCOME TO THE NEW ERA OF BOSS!
CARHARTT WIP X SUICOKE, SANDAL KLASIK SILUET SEGAR
Memperkasakan lagi trend sandal, Carhartt WIP dengan kerjasama kreatif Suicoke hadirkan dua rekaan sandal terkini.
SEPATU STYLISH UNTUK BEPERGIAN. FERRAGAMO NOMADIC PILIHAN TEPAT.
Sepatu praktikal lagi stylish menjadi keutamaan. Tampil bergaya kala bercuti dengan menyarung Ferragamo Nomadic.
DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947
Musim ini Dior menghadirkan koleksi kapsul CD 1947. Dijamin setiap rekaan yang terkandung mencuri perhatian para penggemar fesyen streetwear khususnya.
NB FOR JADEN SMITH VISION RACERS, TARUHAN DUA WARNA EPIK
New Balance dan Jaden Smith bersatu untuk satu kolaborasi epik. Rekaan Vision Racers melengkapi gaya musim baharu.