Skip to content

Pameran Digital LOEWE FOUNDATION Craft Prize 2021

Kongsikan artikel ini

LOEWE FOUNDATION dan Musée des Arts Décoratifs bersatu dalam pameran digital edisi keempat LOEWE FOUNDATION Craft Prize 2021 yang akan bermula pada 25 Mei 2021.

Selepas ditunda sejak tahun lalu, LOEWE FOUNDATION Craft Prize 2021 akan kembali musim bunga ini. Pameran antara LOEWE FOUNDATION dan Musée des Arts akan bermula pada 25 Mei 2021. Edisi keempat pameran kali ini akan diadakan secara digital selepas Perancis dikenakan perintah kawalan pergerakan baharu-baharu ini.

Pameran ini akan menampilkan 30 finalis yang akan mempersembahkan karya terbaik kraf kontemporari dari seluruh dunia, merangkumi 6 benua dan 18 negara berbeza. Ini adalah senarai finalis yang paling global sejak pertandingan ini bermula pada 2016. Saksikan karya mereka di sini.

Tekstil, seramik, porselin, kayu, metal, kertas, kaca, tembaga dan lakuer antara material yang digunakan dengan teknik tradisinonal yang diperbaharui untuk menampilkan kraf tangan penuh eksperimental. Lebih lestari, kebanyakan artis tahun ini menggunakan bahan kitar semula dalam mengekspresikan arca seni dalam tema organik lebih natural.

Senarai pemenang LOEWE FOUNDATION Craft Prize 2021 akan turut diumumkan pada 25 Mei 2021 melalui laman web dan media sosial LOEWE. Kumpulan juri dibarisi oleh 12 nama besar dalam dunia fesyen, seni bina, desain dan seni, termasuklah Pengarah Musée des Arts Décoratifs, Paris iaitu Olivier Gabet dan juga pemenag edisi 2019, Genta Ishizuka. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai bernilai €50,000.

 

Dengan inovasi teknologi digital, LOEWE FOUNDATION Craft Prize 2021 boleh disaksikan dari seluruh dunia. Penonton akan dibawa berjalan melihat pameran di Great Hall dalam Musée des Arts Décoratifs. Julung kalinya ia akan dimodelkan dalam 3D yang boleh disaksikan dalam definisi 360 darjah. Sangat interaktif, dari Paris terus ke skrin telefon pintar di rumah.

Pertandingan seni tahunan ini dilancarkan oleh LOEWE FOUNDATION pada 2106 untuk meraikan merit artisitk dan pembaharuan dalam keperajinan seni moden. Untuk edisi 2021, seramai 30 finalis telah dipilih boleh barisan panel daripada 2,920 penyertaan.

‘Craft is the essence of LOEWE. As a house, we are about craft in the purest sense of the word. That is where our modernity lies, and it will always be relevant.’ – Pengarah Kreatif LOEWE, Jonathan Anderson.

Foto: LOEWE

Baca lebih lanjut: KOLABORASI UNIK MK K-CLIQUE DAN LOCA B

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LOEWE

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN LOEWE MEN SPRING SUMMER 2025 DI SINI

Bacaan Lanjut
Louis Vuitton Men

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN LOUIS VUITTON MEN FALL WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

REXKL MELANCARKAN REXPERIENCE – SEBUAH GALERI SENI IMERSIF TERBAHARU DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

Bacaan Lanjut
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

Bacaan Lanjut