Kolaborasi Unik MK K-Clique Dan Loca B
Dua bintang berbakat, MK K-Clique dan Loca B bersatu dalam mempersembahkan sabuah lagu unik bersempena dengan pelancaran telefon pintar, OPPO Reno5 F terbaharu.
Bersempena dengan pelancaran telefon terbaharu OPPO, dua bintang berbakat, MK K-Clique dan Loca B berkolaborasi dalam sebuah lagu unik dalam mengabadikan keseronokan untuk Jalani Hidup Pantas Tanpa Batasan. Peneraju telefon pintar global itu telah melancarkan OPPO Reno5 F buat pengguna yang mahukan peranti yang hebar dan tahan lama. Seperti lagu tersebut, ia menggabungkan keseronokan serta ciri video baharu yang membolehkan pengguna untuk merakamkan kenangan dan detil yang lebih daripada satu perspektif.
MK dari kumpulan K-Clique bersama Loca B adalah dua pemuzik yang berbakat dalam mewarnai industri muzik di Malaysia. Kerjasama mereka untuk mencipta lagu unik ini telah dipersembahkan ketika majlis pelancaran OPPO Reno5 F. Peminat kedua-dua bintang ini boleh menyaksikan lagu kolaborasi yang dipersembahkan secara langsung di sini.
OPPO Reno5 F menampilkan ciri kamera canggih yang akan memberikan kelebihan kreatif kepada pengguna. Sebagai tambahan, ia menawarkan telefon berprestasi lebih tinggi daripada peranti sebelumnya dengan kapasiti bateri yang lebih tinggi dan kelajuan yang lebih pantas. Semua ini dirangkumkan ke dalam rekabentuk yang ringkas dan elegan yang menggunakan konsep Rekabentuk Aliran Cahaya terbaharu OPPO untuk memperkenalkan dua warna baharu yang mempesonakan – Fantastic Purple and Fluid Black yang pasti dinikmati oleh para trendsetter yang mahukan Hidup Pantas Tanpa Batasan.
Telefon pintar terbaharu OPPO Reno5 F boleh mula didapati pada 15 April 2021 di Malaysia Terdapat juga dua pilihan storan iaitu 8GB RAM + 128G storan atau kapasiti yang lebih tinggi iaitu 8GB RAM + 256G storan. OPPO Reno5 F boleh dimilikpada harga pasaran RM1,199 di My OPPO Space, cawangan OPPO, kedai atas talian rasmi OPPO, rakan telko OPPO, pengedar sah OPPO dan rakan e-dagang OPPO.
Foto: OPPO Malaysia
Baca lebih lanjut: REGÉ-JEAN PAGE TIDAK KEMBALI MEMBINTANGI MUSIM KEDUA BRIDGERTON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU
GLAM Lelaki berpeluang mencuba fon putik Huawei FreeBuds 5i terbaharu yang memberikan kualiti audio dan reka bentuk bergaya, serta menyokong sistem operasi Android, iOS serta Windows.
PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH PILIHAN GLAM LELAKI
Buat julung kali, Devialet memperkenalkan pembesar suara pintar mudah alih yang menggunakan teknologi pintar terkini untuk menikmati pengalaman stereo 360 darjah.
HADIAH AKHIR TAHUN TERBAIK BUAT LELAKI YANG SUKAKAN GAJET
InfinityLab memperkenalkan 2 gajet dengan inovasi terbaharu buat lelaki untuk meraikan akhir tahun sebagai hadiah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja.
10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG iOS 16
Ciri khas iOS 16 tampil dengan pelbagai feature yang perlu anda tahu. Teroka dan nikmati pengalaman menarik dengan kemaskini Iphone terbaru.
APPLE PERKENAL 4 VARIASI IPHONE 14, APPLE WATCH ULTRA & AIRPODS PRO BAHARU
CEO Apple, Tim Cook memperkenalkan rangkaian peranti terbaharu seperti iPhone 14 dan Apple Watch Ultra ketika acara pelancaran yang dinanti-nantikan peminat di Apple Park, California.
#GL15TAHUN THE TRUE GENTLEMAN, NOKI K-CLIQUE
Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan THE TRUE GENTLEMAN, NOKI K-CLIQUE.