Skip to content

Regé-Jean Page Tidak Kembali Membintangi Musim Kedua Bridgerton

Kongsikan artikel ini

Pelakon kacak yang mencipta nama melalui siri hangat Bridgerton, Regé-Jean Page tidak akan kembali membintangi musim kedua drama period Netflix yang ditonton oleh 82 juta orang di seluruh dunia.

Sangat mengejutkan! Itulah reaksi peminat siri Bridgeton selepas berita pelakon utamanya yang tidak akan kembali membintangi untuk musim kedua. Melalui satu pautan Instagram, Lady Whistledown telah mengucapkan adieu (selamat tinggal) kepada Regé-Jean Page yang memainkan watak Simon, Duke of Hastings. Pelakon British-Zimbabwean itu antara bintang muda yang mencuri perhatian sejak siri ini membuat debut melalui Netflix penghujung tahun lalu.

“Dear Readers, while all eyes turn to Lord Anthony Bridgerton’s quest to find a Viscountess, we bid adieu to Regé-Jean Page, who so triumphantly played the Duke of Hastings,” mesej oleh Lady Whistledown.

Melalui akaun Instagram, Regé-Jean Page telah memberikan penghargaan kepada keluarga Bridgerton, Dia berasa cukup bertuah dan berbangga dapat bersama barisan pelakon, kru dan juga peminat yang dia tidak pernah bayangkan sebelum ini. “The love is real and will just keep growning,” tambahnya pada pos yang menerima hampir dua juta likes.

Berbeza dari musim pertama, musim kedua siri hangat Netflix ini akan fokus kepada sahabat baik Simon, Lord Anthony Bridgerton. Dilakonkan oleh Jonathan Bailey, anak lelaki sulung keluarga Bridgerton itu dalam misi mencari pasangannya atau Viscountess. Tetapi usah gusar, Dephne Bridgerton yang dilakonkan oleh Phoebe Dynevor akan kembali untuk membantu abangnya mencari pasangan hidup.

(Photo by David M. Benett/Dave Benett/Getty Images for dunhill)

Tidak lama lagi, dia akan muncul dalam filem The Gray Man, yang turut menampilkan Ryan Gosling dan Chris Evans, serta projek adaptasi permainan popular Dungeons & Dragons. Terdapat juga spekulasi yang menyatakan dia akan memainkan watak penyiasat ikonik, James Bond. Masa depan Regé-Jean Page pastinya cerah selepas Bridgerton, peminat hanya perlu tunggu dan lihat sahaja nanti.

Foto: Getty Images & Instagram

Baca lebih lanjut: PORSCHE TAYCAN CROSS TURISMO: KERETA SPORT ELEKTRIK ALL-ROUNDER

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

INSPIRASI SUT RONA BERANI DARIPADA FESYEN KARPET MERAH

INSPIRASI SUT RONA BERANI DARIPADA FESYEN KARPET MERAH

Bacaan Lanjut
AARON TAYLOR-JOHNSON BAKAL TERAJUI FILEM JAMES BOND TERBAHARU?

AARON TAYLOR-JOHNSON BAKAL TERAJUI FILEM JAMES BOND TERBAHARU?

Bacaan Lanjut
10 FILEM TERBAIK RYAN GOSLING MENURUT ROTTEN TOMATOES

10 FILEM TERBAIK RYAN GOSLING MENURUT ROTTEN TOMATOES

Bacaan Lanjut
10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI

10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI

Bacaan Lanjut

MOMEN FESYEN BINTANG HOLLYWOOD DI GOLDEN GLOBES 2024

Bacaan Lanjut
KENALI AARON TAYLOR-JOHNSON, AKTOR YANG DISEBUT-SEBUT SEBAGAI ‘THE NEXT 007’

KENALI AARON TAYLOR-JOHNSON, AKTOR YANG DISEBUT-SEBUT SEBAGAI ‘THE NEXT 007’

Bacaan Lanjut