Skip to content

Porsche Taycan Cross Turismo: Kereta Sport Elektrik All-Rounder

Kongsikan artikel ini

Porsche memperkenalkan Taycan Cross Turismo yang versatil dalam pacuan inovasi kereta sport elektrik yang sebenar.

Dalam meluaskan portfolio rangkaian kereta sport elektrik, Porsche memperkenalkan versi Taycan Cross Turismo yang versatil dalam meneruskan langkah yang sistematik ke arah mobiliti lestari. Seperti kereta salun sport Taycan, ia dikuasakan daripada inovasi pacuan elektrik dengan 800-volt architecture. Casis berteknologi tinggi baharu dengan gerakan all-wheel dan penyesuaian ampaian udara juga memastikan pemanduan off-road yang dinamik. Dengan 47 milimeter lebih ruang kepala pada kerusi penumpang belakang, serta 1,212 liter kapasiti muatan melalui pintu but besar, Cross Turismo adalah kereta sport all-rounder yang sebenar.

Desain Luaran Dengan DNA Porsche

Rekaan visual Taycan Cross Turismo adalah berdasarkan kepada konsep Mission E Cross Turismo yang dipersembahkan ketika Geneva International Motor Show pada 2018. Terutamnya pada siluet yang mendefinisikan garis bumbung ke belakang yang sporty, atau flyline yang dipanggil oleh pereka Porsche sendiri. Elemen desain off-road juga merangkumi lengkung roda yang nipis, apron bawah unik pada bahagian hadapan dan belaknag, juga sil sisi. Dengan kombinasi pakej Off-Road Design, Cross Turismo turut menampilkan sayap istimewa pada sudut bampar hadapan dan belakang serta pada hujung sil. Ia memberikan rekaan luaran yang menonjol dengan perlindungan daripada impak batu. Seperti kereta salun sport Taycan, Cross Turismo ini juga menggunakan elemen inovasi seperti hujuf Porsche dengan efek kaca pada bar lampu.

Desain Dalaman Unik Dengan Paparan Luas

Desain kontur yang terkenal dan dikenali pada kereta salun sport Taycan boleh didapati pada rekaan dalaman. Bahagian atas dan bawah papan pemuka dalam bentuk sayap meliputi seluruh kelebran kereta. Kluster instrumen melengkung yang tergantung membentuk titil tertinggi pada papan pemuka. Paparan infotainment 10.9 inci pada bahagian tengah, serta paparan penumpang hadapan pilihan digabungkan untuk menghasilkan band kaca intergrasi dengan rekaan panel hitam. Sebuah kompas juga boleh diletakkan pada papan pemuka sebagai pilihan tambahan.

Kuasa Bateri Standard Sehingga 800 volt

Taycan Cross Turismo beroperasi dengan sistem voltan sejumlah 800 volt (kuasa vontan antara 610 V hingga 835 V). Kereta elektrik biasanya menggunakan 400 V sahaja. Performance Battery Plus dua-dek yang standard mengandungi 33 modul sel yang merangkumi 12 sel individual setiap satu (396 secara total). Kapasiti spenuh adalah 93.4 kWh.

Pemulaan Era Kereta Elektrik Porsche

Pada tahun 202o, Porsche telah menawarkan lebih 20,000 unit kereta salun sport Taycan di seluruh dunia. Tyacan juga menguasai sekitar 70 peratus penjualan model Porsche di Norway sahaja. Sehingga kini, Porsche telah menerima lebih daripada 50 buah anugerah antarabangsa dalam segmen kereta elektrik di hampir 20 negara, termasujlah di pasaran utama iaitu Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom dan China.

Porsche Taycan Cross Turismo akan dilancarkan di Malaysia pada pertengahan kedua tahun 2021. Pra-tempahan boleh dilakukan di semua Porsche Centres di seluruh negara.

 

Foto: Porsche Malaysia

Baca lebih lanjut: ACER NITRO 5 REFRESHED

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BMW 5 SERIES PENERAJU PERUBAHAN BAHARU

Bacaan Lanjut

SENSASI MINI ELECTRIC GENERASI TERKINI

Bacaan Lanjut

Victory Travels In Louis Vuitton

Bacaan Lanjut

Recharge Bersama Volvo XC40 Recharge T5

Bacaan Lanjut
ELON MUSK HILANG GELARAN INDIVIDU TERKAYA DI DUNIA

ELON MUSK BUKAN LAGI INDIVIDU TERKAYA DI DUNIA

Bacaan Lanjut

Porsche Mempersembahkan 911 GT3 Dengan Desain Baharu

Bacaan Lanjut