Acer Nitro 5 Refreshed
Acer Malaysia memperkenalkan Acer Nitro 5 baharu yang lebih segar bersama peraduan #CreateYourDreamSpace buat peminat permainan video.
Acer Malaysia hadir dengan ksegaran baharu pada Acer Nitro 5. Komputer riba baharu ini dikuasakan oleh Intel Core i7-10750H dan dilengkapi dengan NVIDIA GeForce RTX 3060. Bersempena dengan perlancaran ini, Acer Malaysia memperkenalkan kempen promosi yang menawarkan lebih RM210,000 yang boleh dimenangi oleh pengguna untuk ditebus dan menang.
Acer Nitro 5 menggabungkan kuasa pemproses Intel Core i7-10750H bersama kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 yang sesuai digunakan oleh peminat permainan video. Gajet ini akan memberikan kelancaran yang diperlukan oleh semua jenis permainan video yang popular. Komputer riba ini turut dilengkapi dengan 8GB DDR4 RAM dan 512GB PCIe NVMe SSD yang khas direka untuk keperluan pemain permainan video dengan ruang menambah baikkan pada keupayaan RAM sehingga 32GB dan tambahan slot M.2 untuk penyimpanan.
Paparan IPS FHD seluas 15.6 inci dengan kadar refresh 144Hz akan memberikan kelancaran dalam setiap permainan video. Oleh kerana ketersambungan menjadi kunci utama buat pemain permainan video, Acer Nitro 5 hadir bersama Inte; Wi-Fi 6 dan port Ethernet (RJ-45) untuk menyokong Killer Ethernet E2600 yang akan memastikan kelancaran sambungan internet. Tidak ketinggalan, papan kekunci 4-zone RGB yang membenarkan pengguna untuk mengubahkan mengikut keperluan tersendiri. Aplikasi NitroSense juga akan memberikan kemudahan kepada pemain permain permainan video untuk mengawal suhu, kelajuan kipas dan banyak lagi.
Acer Nitro 5 boleh dimiliki bermula dengan harga RM5,499.
#CreateYourDreamSpace
Bersempena dengan pelancaran ini, kempen promosi baharu diperkenalkan dalam menawarkan hadiah berjumpa RM210,000 dengan pembelian produk Acer terpilih. Pengguna berpeluang menebuskan tiga penyertaan dalam peraduan #CreateYourDreamSpace dan RM200 kredit e-baucar untuk Touch ‘n Go atau Boost atau Predator Hybrid Backpack yang bernilai RM379.
Melalui peraduan #CreateYourDreamSpace, pengguna berpeluang untuk memenangi makeover ruang impian oleh Woody Lab bernilai RM21,000 untuk tiga kategori; Productivity, Learning dan Gaming.
Foto: Acer Malaysia
Baca lebih lanjut: UNIQLO LANTIK DORAEMON SEBAGAI DUTA LESTARI GLOBAL BAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU
GLAM Lelaki berpeluang mencuba fon putik Huawei FreeBuds 5i terbaharu yang memberikan kualiti audio dan reka bentuk bergaya, serta menyokong sistem operasi Android, iOS serta Windows.
PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH PILIHAN GLAM LELAKI
Buat julung kali, Devialet memperkenalkan pembesar suara pintar mudah alih yang menggunakan teknologi pintar terkini untuk menikmati pengalaman stereo 360 darjah.
HADIAH AKHIR TAHUN TERBAIK BUAT LELAKI YANG SUKAKAN GAJET
InfinityLab memperkenalkan 2 gajet dengan inovasi terbaharu buat lelaki untuk meraikan akhir tahun sebagai hadiah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja.
10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG iOS 16
Ciri khas iOS 16 tampil dengan pelbagai feature yang perlu anda tahu. Teroka dan nikmati pengalaman menarik dengan kemaskini Iphone terbaru.
APPLE PERKENAL 4 VARIASI IPHONE 14, APPLE WATCH ULTRA & AIRPODS PRO BAHARU
CEO Apple, Tim Cook memperkenalkan rangkaian peranti terbaharu seperti iPhone 14 dan Apple Watch Ultra ketika acara pelancaran yang dinanti-nantikan peminat di Apple Park, California.
HUAWEI P50 & WATCH GT 3 PRO: MENDEFINISI ESTETIKA TEKNOLOGI MASA HADAPAN
Huawei Malaysia memperkenalkan dua peranti terbaharu, Huawei P50 dan WATCH GT 3 Pro yang akan mendefiniskan estetika teknologi yang lebih pintar.