13 TAHUN MENYEPI, VE KEMBALI DENGAN TUNGGU
Berita baik buat peminat kumpulan Voices of Euphonious atau lebih dikenali sebagai VE!
Walaupun hasrat VE untuk kembali aktif pada tahun lalu tergendala disebabkan kesibukan dan pandemik Covid-19, namun ia tidak mematahkan semangat ahli kumpulan ini untuk terus berkarya.
Justeru, terhasillah lagu baru berjudul Tunggu untuk mengubat kerinduan peminat setelah 13 tahun menyepikan diri dari industri muzik. Kali terakhir mereka menerbitkan lagu adalah pada tahun 2006 menerusi Ikhlas Tapi Jauh.
Februari lalu, VE mengumumkan pengunduran dua ahli iaitu Damian dan Shah. Perjuangan kumpulan itu diteruskan oleh Zafri, Cham, termasuk dua ahli baharu iaitu Adeep Nahar dan Luqman Hakim.
“Niat untuk masuk semula ke dalam industri memang sudah lama dirancang, namun tertangguh. Kami yakin kehadiran Adeep dan Luqman dapat menyatukan suara kami walaupun jauh berbeza daripada VE yang dahulu. Namun kami berharap peminat setia dapat menerima barisan baharu kami,” ujar ketua kumpulan, Zafri.

Shah dan Damian bukan lagi anggota VE. Foto: Utusantv
Single baharu VE ini merupakan simbolik penantian kumpulan itu yang mengambil masa lebih sedekad untuk membuat kemunculan semula.
“Lagu ini mengisahkan tentang ibu dan anak. Kami ingin mengingatkan peminat supaya menghargai detik bersama insan tersayang.
“Ia mengambil masa lebih tiga minggu untuk disiapkan bermula dari gubahan lagu, penulisan lirik, susunan vokal, proses rakaman dan penggambaran klip video.
“Alhamdulillah proses menyiapkan lagu sangat pantas dan lancar. Namun kami mengambil masa sedikit lama untuk latihan memandangkan ini lagu pertama VE bersama berisan ahli baharu,” jelas Zafri.
Tunggu merupakan hasil ciptaan Zafri, Mulah, DJ Uno dan AJ PopShuvit, manakala lirik oleh Mulah Zafri dan Cham. Ia boleh dilayari di semua platform digital dan YouTube Universal Music bermula Jumaat lalu.
Biarpun lagu ini baru sahaja dilancarkan, VE tidak mahu membuang masa dan telah memulakan rakaman untuk single kedua mereka. Malah kumpulan itu juga mempunyai beberapa buah lagu lagi serta perancangan untuk berkolaborasi dengan penyanyi lain.
Foto: Budiey
Baca: IMAGINE DRAGONS TAMPIL DENGAN DUA LAGU BAHARU SEJAK 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DJ TERHANGAT, AIDAHO INGIN KEHIDUPAN YANG TENANG
Walaupun Aidaho dipenuhi dengan nightlife yang cukup meriah sebagai dj, dia sebenarnya inginkan kehidupan yang tenang bersama kucingnya.
KATSEYE, KUMPULAN WANITA GLOBAL TERHANGAT MASA KINI
KATSEYE ialah kumpulan global terhangat masa kini. Nama mereka seringkali didengari di mana-mana dalam industri muzik.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
KEMUNCULAN SEMULA GOT7 SELEPAS 3 TAHUN
GOT7 bakal kembali secara lengkap dalam dunia muzik selepas tiga tahun dinanti-nantikan oleh peminat mereka, iGOT7.
10 LAGU K-POP CARTA TERATAS YOUTUBE MUSIC UNTUK DI MUAT TURUN
Selain daripada muzik barat, lagu k-pop juga kini mampu mencapai populariti yang sama dan lebih tinggi dalam industri muzik. Dalam dunia K-pop yang terus berkembang, setiap minggu kita akan menyaksikan pelbagai lagu baru mencipta gelombang di kalangan peminat. YouTube Music menjadi platform penting yang memaparkan lagu-lagu paling popular, dan carta teratas mereka sering menjadi petunjuk…
IKON LEGENDA POP BAND MALAYSIA KRU KEMBALI MENGGEGARKAN INDUSTRI MUZIK
Sebuah revolusi muzik bakal kembali, KRU is back! Ikon legenda Pop Band Malaysia ini kini kembali menggegarkan industri muzik Malaysia.