Skip to content

Imagine Dragons Tampil Dengan Dua Lagu Baharu Sejak 2018

Kongsikan artikel ini

Kumpulan pop rock alternatif, Imagine Dragons kini hadir dengan bukan satu, tetapi dua lagu baharu berjudul “Follow You” dan “Cutthroat” sejak album terakhir mereka pada 2018.

Kugiran pop rock alternatif, Imagine Dragons kini kembali dengan dua buah lagu baharu yang dinanti-nantikan peminat. Lagu ‘Follow You’ dan ‘Cutthroat’ adalah taruhan terbaharu yang sudah boleh hadir bersama video lirik di Youtube. Kali terakhir mereka mengeluarkan karya baharu adalah pada 2018 sejak album keempat mereka berjudul ‘Origins’.

 

 

Lagu “Follow You” menceritakan kisah yang sebenar. Penyanyi utama, Dan Reynolds menulis lirik lagu itu ketika satu momen dalam perkahwinannya. Dia yang dalam proses untuk menanda tangani surat penceraian telah menerima teks pesanan daripada isterinya yang penuh dengan penjelasan. Teks tersebut seperti telah memberikan kesan yang cukup mendalam, lantas mereka menangguhkan perpisahan mereka seminggu lagi. Dan hari ini, mereka masih lagi bersama. “Follow You” diterbitkan oleh Joel Little.

 

 

Sejak beberapa tahun yang lalu, Imagine Dragons telah melalui pelbagai dugaan. Ketika setiap ahli kumpulan bergelut dengan kehilangan rakan dan keluarga mereka, selain masalah peribadi yang lain, Dan Reynolds telah mengumumkan pada Disember 2019 yang dia akan mengambil masa untuk memberikan fokus paa keluarga dan dirinya. Waktu yang digunakan bersama serta pandemik yang melanda dunia telah menjadi sumber kreatif buat mereka untuk menghasilkan karya baharu.

Tidak ketinggalan lagu “Cutthroat” yang sudah pasti akan memberikan mesej yang mendalam buat peminat mereka. Tulisan lagu ini mengenai ‘membunuh’ kritik yang berada dalam diri sendiri. Imagine Dragons merakamkan lagu ini bersama penerbit, Rick Rubinat di studio Shangri-La di Malibu.

 

 

Sejak diasaskan pada 2009, Imagine Dragons telah menguasai carta muzik utama dengan lagu-lagu hit seperti “Believer”, “Thunder”, dan “Radioactive”. Dengan 40 juta album terjual dan 60 billion penstriman, mereka adalah kumpulan rock terhangat untuk era 2010-an. Kemunculan dua lagu baharu ini telah memberikan pemenang Grammy itu terpilih untuk New Music Daily di Apple Music.

Foto: Universal Music

Baca Lebih Lanjut: ZACK SNYDER’S JUSTICE LEAGUE: TEMUBUAL BERSAMA ZACK SNYDER

 

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COLDPLAY BUAT PERMOHONAN MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA

COLDPLAY BUAT PERMOHONAN MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Bacaan Lanjut
kumpulan search

KONSERT ‘FANTASIA BULAN SALJU’ SEARCH BAKAL MENGGEGARKAN ARENA OF STAR, RESORT WORLD GENTING

Bacaan Lanjut
MESEJ PENTING DI SEBALIK UCAPAN ‘SELAMAT DATANG’ PERDANA MENTERI BUAT COLDPLAY

MESEJ PENTING DI SEBALIK UCAPAN ‘SELAMAT DATANG’ PERDANA MENTERI BUAT COLDPLAY

Bacaan Lanjut
25 LAGU YANG PALING LARIS SEPANJANG ZAMAN

25 LAGU YANG PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

Bacaan Lanjut
MARK HOPPUS BLINK-182 AKHIRNYA DEDAH JENIS KANSER YANG DIHIDAPI

MARK HOPPUS BLINK-182 AKHIRNYA DEDAH JENIS KANSER YANG DIHIDAPI

Bacaan Lanjut

KOLABORASI REMIX NAIM DANIEL & ALAN WALKER

Bacaan Lanjut