Skip to content

UNIQLO Lantik Doraemon Sebagai Duta Lestari Global Baharu

Kongsikan artikel ini

Karakter kartun kucing paling popular Jepun, Doraemon kini bertukar hijau dalam mempromosikan inisiatif mampan selaku Duta Lestari Global baharu UNIQLO.

Doraemon kini bertukar hijau! Karakter kartun kucing Jepun paling popular dunia itu dilantik sebagai Duta Lestari Global baharu untuk label pakaian gergasi, UNIQLO. Dengan perlantikan ini, Doraemon akan mempromosikan inisiatif mampan UNIQLO dengan logo baharu dan juga mesej “changing our future through the power of clothing”.

“Hai semua! Nama saya Doremon dan sekarang saya berwarna hijau! Saya akan melakukan yang terbaik selaku Duta Lestari Global UNIQLO untuk membantu menghasilkan masa depan yang lebih cerah! Saya mahu bersama-sama anda semua, agar kita dapat mengubah semua di seluruh dunia untuk menjadi lebih prihatin kepada masa depan dunia!” katanya mengenai persahabatan baharu ini.

Doraemon Sustainability Mode dan LifeWear Special Ambassador, Haruka Ayase.

“Kami sangat gembira dapat bersatu bersama Doraemon. Sejak dua dekad yang lalu, UNIQLO telah mengambil pelbagai inisiatif lesatri melalui bisnes untuk persekitaran dunia yang lebih mampan. Kami percaya dengan impak daripada pandemik Covid-19, transformasi sosial, dan membantu mengubah sikap pengguna yang penting dengna kolaborasi bersama peminat dan pemegang saham untuk meneraju perubahan sosial yang positif,” menurut Koji Yanai yang merupakan Group Senior Executive Officer di Fast Retailing.

Bersama UNIQLO, karakter kucing ikonik yang disayaangi di selutuh dunia itu akan membantu menghasilkan masa hadapan yang lebih lestari dengan mewakili inisiatif label pakaian Jepun ini dengan cara yang lebih menyeronokan dan mudah. Doraemon Sustainability Mode akan digunakan di semua stor UNIQLO serata dunia, laman web dan juga saluran-saluran lain.

Doraemon dan Roger Federer.

Doraemon kini menyertai barisan Duta Global UNIQLO yang cukup terkenal seperti bintang tenis, Roger Federer dan Kei Nishikori, selain Adam Scott, Shingo Kunieda, Gordon Reid dan Ayumu Hirano.

 

Foto: Uniqlo Malaysia

Baca lebih lanjut: ZACK SNYDER’S JUSTICE LEAGUE: TEMUBUAL BERSAMA ZACK SNYDER

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PARIS COUTURE WEEK 2025: KEHADIRAN TETAMU BERPRESTIJ

PARIS COUTURE WEEK 2025: KEHADIRAN TETAMU BERPRESTIJ

Bacaan Lanjut
kata Tun Mahathir

“JANGAN TAKUT GAGAL, JANGAN TAKUT BERUBAH” – 10 KATA TUN MAHATHIR UNTUK LELAKI YANG INGIN BERJAYA

Bacaan Lanjut
5 GAYA RAMBUT SKY ISKANDAR BOLEH DIIKUTI

5 GAYA RAMBUT SKY ISKANDAR BOLEH DIIKUTI

Bacaan Lanjut
selebriti lelaki ikmal amry

SELEBRITI LELAKI BERBADAN CANTIK: INSPIRASI ‘MODERN MASCULINITY’ DARI AEDY ASHRAF, IKMAL AMRY DAN RAMAI LAGI.

Bacaan Lanjut
5 PRODUK RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI BULAN INI

5 PRODUK RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI BULAN INI

Bacaan Lanjut

KOLABORASI HANGAT & BEREVOLUSI MUSIM INI, LEVI’S® DAN NIKE. MULA TERJUAL 10 JULAI INI!

Bacaan Lanjut