Wanita Chronomat Breitling
Membayangi sorotan selebrasi Hari Wanita awal Mac lalu, Breitling merilis barisan Chronomat sulungnya untuk wanita selain mempersembahkan Skuad Spotlight. Perkenalan kempen serantau ini bertujuan untuk melangkaui stigma wanita konvensional lalu memperkasakan wanita masa kini dengan hala tujuan, tindakan serta gaya yang mampan.
Chosen, Not Given
Dirangka dari kreasi arloji era 80-an, perkenalan sulung barisan Chronomat khusus untuk wanita ini berpadanan dalam apa jua misi yang diharungi. Jam tangan garapan Breitling ini didedikasikan buat wanita yang inovatif di dalam merangka semula sikap serta stereotaip yang bergelumang dengan wanita konvensional.
Menerusi kempen, Chosen, Not Given, Breitling menvisikan inspirasi dari pemikiran progresif wanita yang berani, bersemangat lalu tidak gentar mendepani transformasi. Sekali gus, mewakili trend wanita yang semakin meningkat di Asia Tenggara. Di mana, terus dinamik membuat keputusan untuk mengatasi norma terdahulu.

Chosen, Not Given. Breitling menvisikan inspirasi dari pemikiran progresif wanita yang berani.
Memperlihatkan ketabahan yang tinggi lantas mencorakkan gelombang dengan cara tersendiri, Breitling mempersembahkan tiga wanita menawan yang menyelubungi inti pati Chosen, Not Given. Yakni supermodel dan aktivis sosial Cindy Bishop asal Thailand, penyanyi merangkap usahawan Isabella Wong atau lebih mesra dikenali sebagai Bella Kuan mewakili Malaysia. Terakhir sekali, wakesurfer merangkap penguasaha kosmetik Cassandra Tan dari Singapura.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II
OMEGA Speedmaster X-33 mengiringi kru Artemis II ke Bulan. Teroka jam tangan titanium NASA dengan enjin Calibre 1666 yang jitu.
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".
LVMH WATCH WEEK 2026: SOROTAN KOLEKSI TAG HEUER YANG MEMUKAU
LVMH Watch Week 2026 memperkenalkan inovasi dan reka bentuk terbaru dalam dunia jam tangan mewah, termasuk koleksi istimewa dari TAG Heuer.
RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK
Rado memperkenalkan True Square Skeleton dengan rekaan seramik hitam, pergerakan skeleton R808 dan berlian baguette.
5 DUTA JAM TANGAN TERKINI DARI KOREA SELATAN
Korea Selatan turut menguasai dunia jam tangan sebagai duta jenama dan menjadi bukti impak mereka kepada dunia.
GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Sembilan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini. Gabungan gaya dan ketepatan masa untuk lelaki moden yang tahu nilai setiap detik.











