PASCA PKP: PERSIAPKAN DIRI ANDA DENGAN WEBINAR EKSKLUSIF INI!
Pandemik COVID-19 boleh dikatakan telah mengubah cara hidup seseorang. Jika dahulu kita bebas melakukan apa sahaja, namun kini pergerakan kita terbatas, menghadkan produktiviti seseorang lalu boleh memberikan impak tertentu dalam kehidupan seseorang. Bersediakah kita untuk menghadapi semua ini, seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, ‘Normal Baru’ atau The New Normal. Bersediakah anda untuk menghadapi perubahan selepas PKP berakhir? Yang pasti, keadaan tidak akan seperti dahulu lagi.
Apa yang pernah anda anggap normal atau biasa sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kini hampir pasti tidak akan berulang lagi. Apa yang dapat anda harapkan, dan bagaimana anda dapat mempersiapkan diri dengan sebarang kemungkinan yang datang?
Anda akan dapat jawapan kepada persoalan ini dari salah satu webinar PERCUMA terbesar yang dianjurkan oleh Blu Inc Media Sdn Bhd, Comfori Sdn Bhd dan REI Group dengan kahadiran barisan panel yang akan membincangkan topik-topik penting tentang apa yang boleh dijangkakan pasca PKP nanti.
Berikut adalah butiran lanjut:
Tarikh: Isnin, 27 April 2020
Masa: Masa: 2pm – 4pm melalui ZOOM
Topik yang akan dibincangkan:
- The Great Lockdown- Adakah semuanya sudah musnah dan masa depan kian gelap dek Covid-19? Malaysia kini berada dalam fasa tanpa perancangan dan ‘dunia’ baru kini sedang dibina. Apa yang dapat anda harapkan dalam sektor ekonomi dalam jangka masa enam, 12 dan 18 bulan akan datang? Apa maksudnya ini untuk pekerjaan anda?
- Siap Siaga Hadapi Masa Depan- Apa yang perlu anda kuasai untuk mengelakan diri dari ketinggalan. Lengkapkan diri anda dengan kemahiran digital dan pelajari untuk tidak terlepas dari realiti baru.
- Masa Depan untuk Perniagaan dan Usahawan- Menjadi selesa dengan keadaan sekarang akan menjadi jalan baru untuk perniagaan dan pengusaha untuk membawa usaha mereka ke tahap seterusnya. Ketahui bagaimana untuk bersiap sedia di masa depan dan mengharungi segalanya.
- Ketengahkan Jenama dan Niat Peribadi Anda– Promosikan diri anda dengan mengetahui apa yang ingin anda sampaikan. Pemburu kerjaya dan bakal usahawan, belajar bagaimana untuk menyampaikan mesej anda ke seluruh dunia tetapi masih fokus dan kekal relevan.
- Mind Over Matter – Tingkatkan hubungan anda dengan rakan sekerja, keluarga dan rakan. Perbaiki kualiti hidup dan cari keseimbangan. Sama ada anda menganggur atau bekerja, anda mesti melatih diri sekarang untuk merasakan diri berharga serta bernilai agar anda dapat terus produktif pada kemudian hari.
Siapa yang patut menghadiri webinar ini?
- Pekerja Profesional
- Pemimpin Perniagaan
- Usahawan atau usahawan baru
- Pemilik perniagaan baru yang berpotensi
Daftar sekarang! Tempat duduk adalah percuma dan atas dasar kedatangan pertama! Sila tekan pautan ini untuk menyertai.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Armani Exchange Singkap Mood Cerita & Penuh Tenaga
Untuk musim bunga 2023, Armani Exchange sambut tenaga vibrant yang akan mendukung setiap gerak anda.
SKY ISKANDAR, MODEL & USAHAWAN ERA BAHARU. “I’M A DREAMER, I DREAM BIG AND I DON’T SETTLE”
Kenali Sky Iskandar, bergelar model, usahawan dan mula menceburi bidang lakonan. Bercerita tentang fesyen dan gaya peribadinya.
5 SEBAB KOLEKSI MUSIM BUNGA 2023 UNIQLO U ADALAH KOLEKSI ASAS TERBAIK.
Koleksi UNIQLO U yang terbaru mengilhami tema ‘A Sense of Ease’, mewujudkan tampilan sederhana yang moden.
IDEA STAIL TAHUN BARU DARI LOEWE
What to buy this month? Semak beg Bunny LOEWE yang cukup istimewa, langsung menyuntik semangat tahun baru yang optimis dalam penampilan.
CAI XUKUN, BINTANG ASIA SAMBUT TAHUN BARU LUNAR BERSAMA PRADA
Bintang terkemuka Asia terpilih menghiasi kempen Prada dedikasi Tahun Baru Lunar 2023.
KEMBARA STYLISH DENGAN “LOGO MOSCHINO”
Menyambut musim liburan, Moschino hadirkan koleksi kapsul penuh gaya “LOGO MOSCHINO”. Semak lima gaya pilihan GLAM Lelaki.