PENGEMBARAAN NESPRESSO SEPERTI LOKAL DI PARIS, ISTANBUL DAN RIO DE JANEIRO
Selepas Miami, kembara kopi Nespresso diteruskan dengan tiga lagi variasi espreso dari Paris, Istanbul dan Rio De Janeiro dengan rangkaian Nespresso World Explorations.
“To travel is to live.” – Hans Christian Andersen
Kopi adalah bahasa yang menyatukan masyarakat di seluruh dunia. Dalam menjemput penggemar kopi untuk menyertai kembara merasai kopi seperti lokal di bandar-bandar ikonik, Nespresso memperkenalkan tiga variasi espreso dari Paris, Istanbul dan Rio De Janeiro dengan rangkaian Nespresso Worlds Explorations terbaharu.
Diilhamkan oleh warisan kopi dari setiap bandar, rangkaian Nespresso World Explorations mengemukakan profil kopi pilihan bandar masing-masing dalam setiap cawan. Penggemar kopi boleh mengalami budaya kafe yang kaya melalui World Explorations Paris Espresso, tradisi pembancuhan kopi kuno Turki dengan World Explorations Istanbul Espresso, dan warisan yang mendalam dengan World Explorations Rio de Janeiro Espresso.
Espresso World Explorations Paris
Terkenal dengan budaya kafe yang kaya serta penduduk tempatan menikmati masa berfalsafah bersama dengan kopi, World Explorations Paris Espresso akan membawa pencinta kopi ke teres-teres Paris dengan gabungan seimbang Arabika Amerika Latin yang dipanggang secara ringan, didorong oleh Robusta Vietnam. Dengan rasa kepahitan bersama nota bijirin dan sitrus, secawan kopi ini cukup menggambarkan pengalaman kafe di Paris.
World Explorations Paris Espresso paling enak dinikmati secara hitam atau dengan susu sebagai café au lait, dan cukup sesuai disajikan dengan pastri Perancis.
Espresso World Explorations Istanbul
Seperti kedai kopi tradisional Turki di Istanbul, setiap bancuhan ambrosial yang kuat ini diperkaya dengan buah-buahan liar dan sentuhan badam yang halus. World Explorations Istanbul Espresso menggabungkan Arabika Ethiopia dan Robusta India untuk membawa profil kopi yang pekat dan baldu yang mengingatkan pencinta kopi akan sebuah bandar di persimpangan laluan perdagangan kopi purba, Seperti kopi tradisional Turki.
World Explorations Istanbul Espresso sesuai disajikan sebagai espresso, diiringi dengan segelas air dan sekeping lokum Turki, atau bersama susu sebagai latte machiatto.
Espresso World Explorations Rio de Janeiro
Melambangkan semangat bandar yang meriah dan berwarna-warni, World Explorations Rio de Janeiro Espresso menampilkan warisan penanaman kopi dan minuman kopi yang kuat di Brazil. Kopi ini merupakan espreso yang bernota pekat, eksotik dan baldu, dihasilkan secara eksklusif dengan Arabika Brazil, dengan sentuhan unik kayu cendana, bersama nota-nota herba.
World Explorations Rio de Janeiro Espresso sedap dinikmati sebagai espreso berganda dengan air panas untuk mengeluarkan rasa kopi Carioca yang licin, atau dengan susu sebagai secawan cappuccino yang lazat.
Rangkaian kopi Nespresso World Explorations boleh didapati pada harga RM24.50 setiap sarung, melalui butik Nespresso di The Gardens Mall, 1 Utama, IOI City Mall, Pavilion Kuala Lumpur dan Gurney Plaza, Pulau Pinang serta melalui aplikasi mudah alih Nespresso serta halaman rasmi Nespresso.
Foto: Nespresso Malaysia
Baca lebih lanjut: SEMANGAT KELESTARIAN SKECHERS BERSAMA PARK SEO-JUN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN
Pemilihan makanan yang betul ketika sahur adalah sangat penting untuk memberikan tenaga, menahan lapar dan meningkatkan kesihatan sepanjang berpuasa Ramadan ini.
BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC
Jenama kopi legenda Bacha Coffee diasaskan di Marrakech pada tahun 1910, telah meneruskan jelajah dunianya ke tengah-tengah Kuala Lumpur Suria KLCC.
3 CARA UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI ANDA SENTIASA MENJADI KENANGAN TERINDAH
Jangan lupa untuk mencuba 3 idea ringkas ini untuk mengubah detik-detik Hari Raya Aidilfitri anda menjadi kenangan terindah bersama yang tersayang.
IKON FESYEN, CHIARA FERRAGNI KONGSI INSPIRASI BUDAYA KOPI ITALI
Ikon fesyen antarabangsa, Chiara Ferragni bersama Nespresso mempekenalkan rangkaian kopi edisi terhad Ispirazione Italiana yang diilhamkan oleh budaya kopi Itali.
KOPI KEGEMARAN ANGEL CHEN UNTUK TAHUN BARU CINA
Bersempena kehadiran Tahun Baru Cina, Angel Chen berkolaborasi bersama Nespresso untuk koleksi kopi, mesin dan juga aksesori edisi terhad.
RAIKAN CITA RASA KOPI IKONIK BERSAMA PIERRE HERMÉ DI MALAYSIA
Kerjasama kopi edisi terhad antara Nespresso dan cef pastri ikonik Perancis, Pierre Hermé dalam meraikan keindahan musim perayaan akhir tahun bersama seisi keluarga.