Skip to content

SEMANGAT KELESTARIAN SKECHERS BERSAMA PARK SEO-JUN

Kongsikan artikel ini

Skechers Malaysia melancarkan koleksi Recycle Apparel yang lestari, serta koleksi sniker Stamina Airy yang digayakan oleh duta regional, Park Seo-Jun.

Hari ini, label fesyen dan aksesori berlumba-lumba untuk mengilhamkan koleksi yang lestari kepada Bumi. Label sukan dan gaya hidup popular, Skechers tidak ketinggalan untuk membantu menyelamatkan alam semulajadi dengan memperkenalkan dua koleksi istimewa iaitu koleksi pakaian Recycle Apparel, serta koleksi sniker Stamina Airy yang digayakan oleh duta regional, Park Seo-Jun.

Koleksi pakaian Recycle Apparel yang menggunakan bahan-bahan lestari menampilkan 53 desain keseluruhan, termasuklah kemeja-t, baju panas, seluar panjang, skirt, dress hooded buat lelaki dan wanita. Himpunan pakaian daripada The Comfort Technology Company™️ ini melancarkan koleksi lestari pertama yang diperbuat daripada 100% poliester kitar semula. Ia turut mendapat pengiktirafan badan antarabangsa daripada Control Union dan Global Recycled Standard.

Bersempena dengan kehadiran musim bunga tahun ini, Skechers bersama Park Seo-Jun turut melancarkan koleksi Stamina Airy buat lelaki. Skechers selaku The Comfort Technology Company™️ dan pelopor dalam rekaan kasut gaya hidup dan prestasi memperkenalkan desain sniker baharu yang baharu dan segar, tanpa menggadaikan keselesaan. Stamina Airy menampilkan paduan kulit dan jejaring sintetik pada bahagian atas, bersama tapak berudara yang mampu menyerap tekanan dan Air-Cooled Memory Foam® pada bahagian dalam kasut.

Koleksi Recycle Apparel dan Stamina Airy boleh didiapati di stor dan stor konsep Skechers terpilih di seluruh Malaysia. Koleksi Stamina Airy juga tersedia secara atas talian melalui laman web Skechers dan juga platform beli-belah Lazada. Seleksi desain daripada Recaycle Apparel Collection juga boleh didapati di platform Skechers Shopee Malaysia.

Foto: Skechers Malaysia

Baca lebih lanjut: CRISTIANO RONALDO MERATAPI PEMERGIAN BAYI LELAKI KEMBARNYA

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ONITSUKA TIGER PERKENALKAN “ROTEMIT™” — SILUET BAHARU BERINSPIRASIKAN KASUT BOLA TAMPAR ERA 1980-AN

ONITSUKA TIGER PERKENALKAN “ROTEMIT™”, SILUET BAHARU BERINSPIRASIKAN KASUT BOLA TAMPAR ERA 80’AN

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA: SILUET IKONIK MEXICO 66™ DAN BAJU T EDISI TERHAD

ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA

Bacaan Lanjut
LANGKAH BRGAYA 2026: KOLEKSI KASUT LELAKI PALING 'HOT' MUSIM INI

LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI

Bacaan Lanjut

BERSEDIA UNTUK BINGE? 5 KDRAMA BARU BAKAL DITAYANG

Bacaan Lanjut
KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX WEAK HERO CLASS 2

KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX WEAK HERO CLASS 2

Bacaan Lanjut

8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut