CRISTIANO RONALDO MERATAPI PEMERGIAN BAYI LELAKI KEMBARNYA
Pemain bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodrigues mengumumkan kematian bayi lelaki kembar mereka melalui media sosial Isnin lalu.
“It is with our deepest sadness we have to announce that our baby boy has passed away.” – Cristiano Ronaldo
Legenda bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo telah mengumumkan pemergian bayi kembar lelakinya melalui akaun Instagram dan Twitter rasminya. Pemain bola sepak Manchester United itu dan pasangannya, Georgina Rodrigues mengumumkan kematian bayi lelaki kembar mereka pada Isnin lalu. “Our baby boy, you are our angle. We will always love you.”

(Photo by fotopress/GC Images)
Dalam kesedihan tersebut, Cristiano Roanldo turut mengumumkan bayi kembar perempuan mereka selamat dan menyatkan kelahirannya itu akan memberikan mereka kekuatan untuk mengharungi momen ini dengan harapan dan kegembiraan. “Only the birth of out baby girl gives us the strength to live this moment with some hope and happiness.”
Ikon sukan antarabangsa berusia 37 tahun bersama Georgina, 28 telah berkongsi berita bakal mendapat pasangan kembar pada Oktober tahun lalu. Dan pada bulan Disember pula, mereka mengumumkan bakal menjadi ibu bapa kepada pasangan kembar lelaki dan perempuan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ATLET SUKAN YANG PALING KAYA PADA 2022
Pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi mengungguli senarai atlet paling kaya dengan pendapatan melebihi RM 570 juta menewaskan LeBron James dan Cristiano Ronaldo sepanjang 12 bulan yang lalu.
NAMA & WAJAH ANAK KELIMA CRISTIANO RONALDO DIDEDAHKAN
Selepas dua minggu mengumumkan berita kelahiran, Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez akhirnya berkongsi butiran lanjut mengenai puteri bongsu mereka kepada peminat.
PENGHORMATAN BUAT CRISTIANO RONALDO DARIPADA PENYOKONG MU & LIVERPOOL
Cristiano Ronaldo sedang berdepan detik sukar dalam hidup apabila salah seorang bayi kembarnya disahkan meninggal dunia.
CRISTIANO RONALDO ALAMI KERUGIAN BESAR
Cristiano Ronaldo menanggung kerugian apabila kediaman mewahnya di Trump Tower hanya berjaya dijual pada separuh harga.
CRISTIANO RONALDO LAKAR SEJARAH SEKALI LAGI
Cristiano Ronaldo tidak henti-henti memecah rekod di padang bola dan kini dia melakar pula sejarah baharu di Instagram.
7 PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI RAFAEL NADAL
Selain dilahirkan right-handed dan menggemari minuman Coca-Cola, legenda tenis Rafael Nadal terkenal dengan mengamalkan beberapa kepercayaan ‘pelik’ ketika berada di atas gelanggang tenis.