PIZZA HUT REALISASIKAN TEMPAHAN PIZZA MENGGUNAKAN KASUT
Wah, lain benar strategi pemasaran terbaru Pizza Hut yang khabarnya kini merealisasikan tempahan pizza hanya dengan menggunakan kasut. Biar betul! Ya, Pizza Hut telahpun memulakan kempen pemasaran baru yang memberikan tumpuan kepada kasut ciptaan khas dan eksklusif di mana pengguna boleh menempah atau pun membeli pizza hanya dengan menekan sebuah butang.
Memperkenalkan The Pie Tops. Kasut erwarna gabungan putih dan merah ini mempunyai logo Pizza Hut di belakangnya. Ia dikuasakan oleh sistem Bluetooth pada lidah kasut yang boleh disambungkan melalui aplikasi pintar Pizza Hut, di mana apabila anda menekan butang yang disediakan, dua pizza dengan harga USD9.77 akan sampai ke rumah anda.
Yang menariknya lagi, kasut ini dilengkapi dengan teknologi geo-lokasi yang membolehkan penghantar piza untuk mengesan kedudukan pelanggan di mana sahaja mereka berada. Namun khabarnya, cuma 64 pasang kasut sahaja dihasilkan dan ia direkakan khas oleh pembuat kasut kustom terkemuka, Shoe Surgeon.
Berdasarkan kenyataan naib presiden media dan pengiklanan Pizza Hut, David Daniels, ‘pizza menjadi makanan atau snek pilihan terutama sekali sewaktu musim kejohanan bola keranjang NCAA, dan kasut istimewa jimat-masa ini akan memastikan anda dapat menempah pizza tanpa terlepas apa-apa momen sewaktu aksi March Madness nanti’.
Masih belum dapat gambaran jelas bagaimana kasut ini beroperasi? Tekan pautan di bawah di mana bekas pemain NBA, Grant Hill menerangkan penggunaannya. Malangnya, kasut ini hanya dijual di Amerika Syarikat. Oh man!
https://www.youtube.com/watch?v=OVP3dyhnaLo
Oleh Wan Mohd Firdaus, 3 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
A BOLD NEW CHAPTER, MILIKI HARUMAN ARMANI EA STRONGER WITH YOU
Stronger With You bersama enam individu hebat- Aedy Ashraf, Han Pin, Aniq Suhair, Ikmal Amry, Mierul Aiman dan Nabil Aqil.
DI SEBALIK LELAKI AGRESIF: REALITI YANG PERLU LELAKI HADAM
Ramai antara kita dibesarkan dalam budaya yang menormalisasikan dominasi lelaki dalam hubungan. Ayuh selami...
IRFAN HARIS: FIGURA MUZIK MODEN BERGAYA
Irfan Haris Othman, penyanyi kelahiran Johor Bahru pada 29 November 2001, telah meniti perjalanan seni yang penuh warna sejak usia remaja.
MUAZ ZABIR: DARIPADA LENSA KREATIF KE SKRIP SKRIN BESAR
Muaz Zabir bukanlah asing lagi. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini membuktikan bahawa, segala impian mampu diterjemahkan menjadi realiti.
FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN NYK
Istimewa untuk GLAM Lelaki Mac 2025 edisi cetak, kami tampilkan tujuh pemuzik berbakat besar dalam lembaran ‘Faces of 2025: Music Edition’.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.