Skip to content

PRODUKSI BOLLYWOOD ‘REMAKE’ FILEM RAMBO DAN INI RESPON STALLONE

Kongsikan artikel ini

Rambo merupakan filem aksi ikonik yang dilakonkan oleh pelakon lagenda, Sylvester Stallone. Filem yang berdasarkan dari novel penulisan David Morrell itu mengisahkan tentang John Rambo, seorang veteran perang dan askar angkatan khas Amerika Syarikat yang memiliki kemahiran bertempur serta kombat yang mengagumkan. Sehingga kini, empat filem dari siri ini telah ditayangkan, iaitu pada tahun 1982 (First Blood), Rambo: First Blood Part II (1985), Rambo III (1988) and Rambo (2008).

Dan baru-baru ini, sebuah produksi Bollywood mencipta semula (remake) filem ikonik itu yang menampilkan anak kepada pelakon Bollywood, Jackie Shroff iaitu Tiger Shroff sebagai Rambo. Tiger Shroff mula dikenali dalam arena perfileman Bollywood selepas pertama kali tampil dalam filem aksi Heropanti pada tahun 2014, dan seterusnya filem Baaghi pada tahun 2016 yang melayakkannya dirinya untuk tercalon dalam anugerah Filmfare untuk kategori Bintang Baru Lelaki.

Filem aksi yang diarahkan oleh Siddharth Anand, pengarah filem Bang Bang ini mengisahkan tentang Rambo yang merupakan ahli unit rahsia elit dari Angkatan Tentera India yang masih hidup selepas pulang dari sebuah misi yang merbahaya, namun terpaksa berhadapan dengan satu lagi misi apabila dia terpaksa bersembunyi di dalam hutan dan pengunungan Himalaya akibat peperangan yang tercetus.

Menjelaskan kepada The Hollywood Repoter sewaktu pada festival filem Cannes baru-baru, Tiger memberitahu, “Sebagai salah seorang penggemar seni mempertahankan diri dan amat sukakan filem-filem aksi sejak dari kecil lagi, saya amat bersyukur dengan peluang diberikan ini.

(Photo credit: Entertainment Weekly)

Namun apa pula pendapat Slyvester Stallone tentang isu ini? Berdasarkan posting beliau di Instagrammnya baru-baru ini, Slyvester seakan tidak sabar menyaksikan Tiger membawakan watak tersebut dan percaya Tiger akan membawa watak tersebut sehabis baik. Filem ini dijangka akan ditayangkan pada tahun 2018 nanti.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Mei 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

alif satar

“MASCULINITY IS WORKING WITH WHAT YOU HAVE AND WHAT YOU ARE GOOD AT” – ALIF SATAR #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

REXKL MELANCARKAN REXPERIENCE – SEBUAH GALERI SENI IMERSIF TERBAHARU DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
ALASAN MENGAPA 5 BINTANG HOLLYWOOD INI TIDAK LAGI DITAWARKAN WATAK UTAMA DALAM FILEM

ALASAN MENGAPA 5 BINTANG HOLLYWOOD INI TIDAK LAGI DITAWARKAN WATAK UTAMA DALAM FILEM

Bacaan Lanjut
KOLABORASI EPIK 2023: TIFFANY & CO. DAN NIKE

NIKE DAN TIFFANY & CO.:KOLABORASI EPIK

Bacaan Lanjut

5 SEBAB KOLEKSI MUSIM BUNGA 2023 UNIQLO U ADALAH KOLEKSI ASAS TERBAIK.

Bacaan Lanjut

PAMERAN VAN GOGH ALIVE KINI DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut