Skip to content

M Resort Hotel KL

RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR

Kongsikan artikel ini

Bersempena Hari Bapa tahun ini, M Resort & Hotel Kuala Lumpur mahu menghargai hero dalam hidup anda dengan pengalaman gastronomi istimewa pada 16 Jun 2024.

16 Jun 2024 bakal menyaksikan sambutan Hari Bapa untuk tahun ini. Dalam memberikan penghargaan kepada hero dalam hidup anda, M Resort & Hotel Kuala Lumpur akan menyediakan pengalaman gastronomi eksklusif bersempena Hari Bapa yang bakal tiba. Hari Bapa ini, pastikan anda meraikan lelaki yang menjadi sumber kekuatan dan kasih-sayang yang tiada tandingan.

M Resort Hotel KL

Di Fairway Coffee House, M Resort & Hotel Kuala Lumpur akan menganjurkan bufet hi-tea istimewa yang bukan sahaja akan menghangatkan deria anda, tetapi juga memenuhi jiwa dengan penuh kasih-sayang. Ini kerana, Hari Bapa adalah momen untuk meraikan pengorbanan seorang bapa dan suami dengan cita rasa yang mengagumkan.

Menu Hari Bapa Istimewa Yang Menyelerakan

Dari hidangan panggang kepada seleksi sajian klasik dan pemanis mulut yang menyelerakan, setiap suapan pasti memberikan senyuman kepada bapa anda nanti. Bufet kali ini menjanjikan esen kulinari yang terbaik. Antara yang wajib cuba nanti termasuklah Beef Bourguignon, Chicken Roulade, Ketam Gulai Pedas Kuning, dan Fried Mee Mamak “Mamu” Style. Juga Tiger Prawn with Cereal, Chicken Masala, Lamb Tandoori, serta Satay dan Fish Head Curry.

Jangan lupa untuk mencuba seleksi lain seperti Seafood On Ice yang menampilkan Blue Swimmer Crab, Tiger Prawn, Yabbies, Half Shell Green Mussel, dan Half Shell Scallop. Buat peminat makana Jepun pula, terdapat kaunter khas yang menyajikan seleksi sashimi yang segar. Sempurnakan kunjungan sempena Hari Bapa ini dengan seleksi pencuci mulut seperti Raspberry Kaffir Lime Mousse, dan Biscoff Swiss Loaf.  Juga Lemon Meringue Tart, Exotic Mango Pudding, Peach, Almond Jalousie, dan banyak lagi.

Promosi bufet Hari Bapa di M Resort & Hotel Kuala Lumpur akan diadakan pada 16 Jun 2024 pada 12.00 PM hingga 4.00 PM. Harga untuk dewasa adalah RM185.00 seorang. Manakala kanak-kanak berusia antara 5 hingga 11 tahun pula berharga RM93.00 seorang.

Pastikan anda membuat tempahan terlebih dahulu untuk memastikan meja terbaik buat keluarga anda nanti. Tempahan boleh dibuat melalui telefon di +603 7773 7690 atau emel fnb@mresort-hotel.com.my

Father's Day buffet

Father’s Day Buffet Hi Tea

16 Jun 2024 (12.00 PM – 4.00 PM)

RM185.00 nett untuk dewasa & RM93.00 nett untuk kanak-kanak 5 – 11 tahun

RM130.00 pula untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Baca lebih lanjut: 4 HADIAH ISTIMEWA PILIHAN GLAM LELAKI UNTUK HARI BAPA

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

THE RUMA HOTEL AND RESIDENCES MEMPERKENALKAN SAJIAN BAHARU EROPAH UNTUK ATAS

Bacaan Lanjut
alif satar

“SATU DETIK PENTING DALAM PERJALANAN SEBAGAI BAPA ADALAH KETIKA ANAK PERTAMA ALIF DILAHIRKAN.” – ALIF SATAR

Bacaan Lanjut
Managala Resort

‘HEALING’ BERSAMA HERO ANDA DI MANGALA ESTATE BOUTIQUE RESORT

Bacaan Lanjut

4 HADIAH ISTIMEWA PILIHAN GLAM LELAKI UNTUK HARI BAPA

Bacaan Lanjut
percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut
sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Bacaan Lanjut