Skip to content

Recharge Bersama Volvo XC40 Recharge T5

Kongsikan artikel ini

Dalam mengukuhkan visi dalam aspek kelestarian, Volvo Car Malaysia memperkenalkan XC40 Recharge T5 R-Design yang menjadikan satu-satunya jenama automotif di Malaysia dengan rangkaian kenderaan elektrik hibrid plug-in penuh.

Untuk mencapai cita-cita bagi mengurangkan pelepasan karbon bagi setiap kereta sebanyak 40%, Volvo Car Malaysia melancarkan Volvo XC40 Recharge T5 R-Design yang baharu di Malaysia. Melalui inisiatif ini, mereka kini melangkah lebih dekat untuk menjadi satu-satunya jenama automotif di Malaysia yang menawarkan kereta pemasangan tempatan bagi kesemua barisan kereta hibrid plug-in (PHEV) daripada Volvo.

 

 

Buat pertama kalinya,  Volvo XC40 Recharge T5 yang dibangun menggunakan platform Compact Modular Architecture (CMA) Volvo akan dilengkapi dengan enjin tiga silinder turbocharged 1.5 liter dengan rangkaian kuasa Drive-E. Ia juga meenggunakan motor elektrik yang dipasang pada kotak gear automatik dual-clutch tujuh-kelajuan bagi pergerakan roda hadapan. Direka untuk kesejahteraan planet, enjin berkembar ini memberikan pemacuan yang lebih mampan, dengan pelepasan CO2 hanya 50 gram per kilometer, di samping mengekalkan kemewahan dan prestasi Volvo.

Recharge T5 merupakan hasil gabungan kuasa sebanyak 262 hp dan daya kilas 425 Nm, sementara daya kilas 160 Nm dan daya kuasa setinggi 82 hp dihasilkan dari motor elektrik untuk memberikan pecutan serta merta. Dengan menggunakan enjin petrol, XC40 Recharge T5 boleh mencapai 100km/j dalam masa 7.3 saat sahaja, dan kelajuannya dihadkan pada 180km/j setelah pengumuman dibuat Mac tahun lalu.

 

Keselamatan dan Teknologi

Volvo XC40 Recharge T5 diperbuat di Sweden dan dipasang di Malaysia. Ia dilengkapi dengan sistem teknologi keselamatan, kesalinghubungan dan infotainment yang dihasilkan dengan kawalan dan kepakaran berkualiti tinggi. Volvo juga akan meneruskan komitmen mereka untuk mengutamakan keselamatan buat pelanggan dalam memberikan kebebasan untuk pemanduan secara peribadi, lestari dan selamat. Antara teknologi keselamatan dan bantuan yang digunakan pula termasuklah sistem Pilot Assist, City Safety, Run-off Road protection and mitigation dan Cross Traffic alert dengan sokongan brek.

Recharge R-Design

Desain Volvo XC40 Recharge T5 baharu hampir serupa dengan varian XC40 lain dengan menampilkan reka bentuk Skandinavia yang elegan dengan mempamerkan imej Volvo yang selari dengan keperluan dan fungsi. Ia turut mengetengahkan penampilan bergaya dan moden yang lebih berani dan ekspesif dalam menonjolkan rekaan khas trim R-Design. Sudah pasti akan menyerlahkan pemanduan ketika menjelajah di sekitar kota.

 

 

XC40 Recharge T5 tampil dengan pilihan lima warna yang menarik iaitu Blackstone, Crystal White Pearl, Bursting Blue Metallic, Glacier Silver Metallic dan Coral Red Metallic. Dijual pada harga RM255,888, dan kini dikurangkan menjadi RM241,997.04 selepas pengecualian cukai jualan (atas jalan, tanpa insurans). Layari laman rasmi Volvo Car Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Baca lebih lanjut: MESEJ MISTERI PADA LUKISAN ‘THE SCREAM’ OLEH EDVARD MUNCH AKHIRNYA TERUNGKAI

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 MOTOSIKAL TERMAHAL DI DUNIA 2023

Bacaan Lanjut

KUASA MASA HADAPAN XC40 RECHARGE PURE ELECTRIC

Bacaan Lanjut
Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya 01

Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya

Bacaan Lanjut

GOLF R-LINE – EVOLUSI KESERONOKAN VOLKSWAGEN TERBAHARU

Bacaan Lanjut
Keanggunan Nan Agresif 01

Keanggunan Nan Agresif

Bacaan Lanjut

BMW X4 – ELEKTRIFIKASI, SPORTY DAN PENUH SOFISTIKASI

Bacaan Lanjut