SANGKAR SARAT EMOSI DAN AKSI, NAMUN…
Hari ini 29 Ogos 2019, filem Sangkar arahan Kabir Bhatia dan penulis skrip Mira Mustaffa akhirnya dipertontonkan di seluruh pawagam seluruh Malaysia. Filem ini yang dihasilkan dari gandingan empat penerbit (Media Prima dan Astro bersama produksi Infinitus Gold dan mm2 Entertainment buat pertama kalinya, penonton dapat menikmati sebuah karya bertemakan MMA (Mixed Martial Arts) pertama di Malaysia! Apatah lagi dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Fadlan Hazim, Ray Johara, Adam Mika, Aman Graseka, Carliff Carleel dan Andy Teh dengan penampilan khas oleh atlet profesional MMA iaitu James “Sledgehammer” McSweeney.
Sedikit sinopsis tentang filem ini, berlatar belakangkan pertarungan MMA, kisah Sangkar bermula apabila Adam (Zul Ariffin) berhadapan dengan pencabar utamanya, Johan (Remy Ishak) dan sanggup bermain taktik kotor hanya semata untuk menang. Adam sekali lagi memilih untuk berlawan dengan Johan di luar gelanggang sehingga menyebabkan Johan koma. Sebaik melihat Johan terlantar di hospital dan lumpuh, perasaan bersalah menyelebungi apabila mendapat tahu adik Johan iaitu Lea (Mira Filzah) dan Reza (Adam Mika) hilang tempat bergantung dan memerlukan duit yang banyak untuk rawatan Johan. Untuk menebus kesalahannya, Adam kembali dalam pertarungan jalanan dan duit yang diperoleh daripada kemenangan itu diberikan kepada Lea untuk membeli ubat buat Reza dan rawatan Johan. Persoalannya, adakah Johan sudi untuk memaafkan Adam? Apa pula yang terjadi apabila Lea mengetahui abangnya lumpuh adalah angkara Adam. Semuanya bakal terawab dalam filem Sangkar.
ULASAN GLAM Lelaki
“Sejujurnya, filem Sangkar adalah sebuah filem yang berat malah sarat dengan emosi. Ditambah pula dengan aksi pertarungan yang boleh dikatakan tampak ‘real’, namun penulis terhibur kerana filem ini berjaya mencuit perasaan penonton dengan eleman ‘bromance’ antara Zul dan Remy. Walaupun keduanya baru pertama kali bergandingan, namun keserasian mereka nyata terserlah. Sangkar turut menyelitkan eleman kekeluarga dan ketuhanan selain sisi seorang hambaNya yang dahagakan pengampunan daripada manusia lain dan juga Tuhan. Plot juga kemas dan tidak meleret.
Namun adakah kebetulan jalan cerita Sangkar ini mirip filem Boyka: Undisputed iaitu filem seni mempertahankan diri Amerika Selatan yang ditayangkan sekitar tahun 2016 lakonan bintang bela diri Scott Adkins. Filem Boyka juga menyoroti kisah seorang fighter yang ingin menebus semula kesilapan kepada keluarga pesaingnya yang mati di dalam sangkar sejurus selepas perlawanan tamat. Tidak percaya, cuba anda tonton sendiri nanti. Selain itu, keserasian Zul dan Mira juga boleh tahan, namun sayangnya watak Mira sebagai Lea agak tenggelam dan akhirnya ia ‘berlalu’ begitu saja, dan ibarat tiada ‘keadilan’ untuknya. Watak Mira seharusnya dikembangkan lagi namun mungkin pengarah lebih memfokuskan kepada ‘hubungan’ Adam dan Johan.
Walau apa pun, filem Sangkar wajar ditontoni, boleh dikatakan menghiburkan namun usah meletakkan jangkaan yang terlampau tinggi. Just enjoy the film okay! GL memberikan 8/10 untuk filem Sangkar.
#Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili GLAM Lelaki.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON
Semak lima idea gaya dari Jenson Button untuk Hackett London. Dirancang sesuai dengan gaya hidup lelaki alfa.
ISTERI HAMIL LIMA BULAN, REMY ISHAK BAKAL BERGELAR BAPA
Lebih setahun berumah tangga, Remy Ishak mengumumkan khabar gembira bahawa isterinya kini sedang berbadan dua.
FAHAD IMAN MAKIN ‘DARING’ BERFESYEN, “JUST LIVING LIFE!”
Pelakon, Fahad Iman selesa dengan gayanya yang sekarang. Tidak perlu berpura-pura malah mahu menjadi diri sendiri melalui penampilan.
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”
Kenali Adrien Kent. Seorang individu yang memiliki stail yang tersendiri dan berani mencuba. We admire his style!
RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”
Rasyad Nadzri penah menceburi bidang muzik. Namun, semakin meningkat usia dia kini selesa untuk lakukan pekerjaan lain yang tidak berkaitan dengan muzik.
NIKE DAN TIFFANY & CO.:KOLABORASI EPIK
Penyuka gaya vibrant dan muda pasti mengimpikan koleksi ini melengkapi gerobok fesyen musim baharu. Ucapkan hello to Tiffany & Co. dan Nike.