Skip to content

“SAYA BERASA SEPERTI TIADA ARAH TUJU SELEPAS ALBUM PERTAMA SAYA.” – JEREMY ZUCKER

Kongsikan artikel ini

Penyanyi yang popular dengan lagu hit seperti ‘comethru’, ‘all the kids are depressed’ dan ‘talked is overrated’, Jeremy Zucker bakal muncul dengan album studio kedua, ‘CRUSHER’ yang akan dilancarkan pada 1 Oktober 2021.

Menurut Jeremy Zucker, ‘CRUSHER’ adalah seperti pembebasan dan juga ketibaannya pada masa yang sama. Penyanyi yang popular dengan lagu hit seperti ‘comethru’, ‘all the kids are depressed’ dan ‘talked is overrated’ ini bakal muncul dengan album studio kedua berjudul ‘CRUSHER’.

Ikuti temu bual eksklusif GLAM Lelaki dan media utama dari rantau Asia Tenggara lbersama Jeremy Zucker bersempena dengan pelancaran album keduanya yang akan dilancarkan pada 1 Oktober 2021.

 

Single ‘Cry with you’ berasa cukup personal dan mendalam. Apakah inspirasi disebalik lagu terbaharu itu?

Lagu ini antara yang paling khusus dari segi penceritaan yang pernah saya alami. Ketika itu, saya berada di East Coast bersama beberapa rakan dalam proses menghasilkan lagu baharu. Manakala, seorang rakan saya, Lauren yang tinggal di West Coast di California pula sedang mengalami momen yang sukar. Dia akan kerap menelefon saya dan saya akan mendengar luahan hatinya, sambil itu saya akan cuba untuk menceriakan harinya. Tetapi sukar untuk melakukannya dari jauh. Ada momen yang membuat saya tidak tahu untuk melakukan apa lagi. Saya berkata kepadanya, jika saya tidak boleh berada bersama kamu secara fizikal, apa yang boleh saya lakukan adalah ‘cry with you’. Dia terus berkata saya harus membuat sebuah lagu mengenainya.

 

 

Berdasarkan lagu ‘Cry with you’, adakah album studio terbaharu anda, ‘CRUSHER’ ini akan mempunyai feel yang sama seperti itu?

Lebih kurang begitu. ‘Cry with you’ lebih menyedihkan dan mempunyai persamaan dengan muzik lama saya. Apa yang boleh saya katakan, keseluruhan album ini menggabungkan elemen yang terdapat dalam tiga single terakhir saya. Jika anda dapat mengertinya. Ia mempunyai sedikit elemen melankolik, tetapi juga disulami dengan energi dan semangat yang positif. Juga keyakinan yang lebih tinggi daripada saya sebagai penyanyi, penulis lagu dan penerbit.

 

 

Untuk studio album kedua ini, anda menjadi diri anda yang sebenar. Lebih raw dan berkeyakinan dari sebelum ini. Adakah anda berasa ianya penting untuk berevolusi dalam muzik?

Ya, sudah tentu. Kehidupan kita bukan suatu perjalanan yang lurus. Untuk menjadi insan yang lebih baik, pasti ada ups and downs. Apa yang penting pada saya, kita sedang menuju ke destinasi yang betul. Ia menyedarkan diri saya yang saya tidak akan berada di sini hari ini tanpa momen-momen seperti itu. Saya menerima dan menghargai apa pernah terjadi, apa yang membuat saya malu dan takut sebelum ini.

Album saya sebelum ini ‘love is not dying’ banyak menampilkan elemen simpati dan empati. Juga perasaan yang saya rasai seperti di mana hala tuju sebenar saya sebagai seorang pemuzik. Selepas dilancarkan, saya perlu hidup bersamanya untuk beberapa bulan kerana pandemik sebelum menghasilkan muzik baharu. Saya banyak berfikir ketika itu dan saya berasa seperti tiada arah tuju selepas album studio pertama itu. ‘CRUSHER’ adalah seperti proses mencari diri saya semula.

 

 

Adakah mudah untuk menghasilkan album ini ketika pandemik?

Pada awalnya, ia begitu sukar buat saya. Selama empat sehingga lima bulan saya merasakan saya tidak dapat menulis lagu yang berbeza. Semuanya seperti sama sahaja. Selepas saya menghasilkan sesebuah lagu dan menghantarkannya kepada rakan serta pihak pengurusan saya, mereka akan berkata ia seperti lagu daripada album sebelum ini. Saya tidak merasa seronok untuk menghasilkan album yang sama berulang kali. Kebanyakan hadir melalui introspeksi dan banyak manghabiskan masa sendiri. Saya banyak belajar mengenai diri saya sendiri. Dan menghargai persahabatan dan perhubungan apabila tidak dapat berjumpa dengan sesiapa.

 

 

Boleh kongsi tip atau nasihat bagaimana anda menghargai persahabatan dan menjalinkan hubungan ketika ini?

Saya tidak merasakan saya layak untuk memberikan nasihat dalam perkara ini. Saya masih lagi belajar. Happiness is only real when shared. Sebagai pemuzik, saya perlu melakukan usaha yang lebih kerana jadual saya berbeza dengan orang lain. Saya berusaha untuk menghubungi orang lain dan, just call your friend.

 

 

Muzik anda cukup dekat dekat generasi z dan millennial. Adakah anda menggunakan muzik untuk membuat mereka berasa tidak keseorangan?

Sudah tentu. Saya menghasilkan muzik untuk diri saya. Apabila saya mnulis lagu untuk orang lain, ia kedengaran seperti tiada keihklasan. Oleh itu, ianya mengejutkan apabila ramai yang berasa dekat dengan lagi-lagu saya. Selalunya, lagu saya sangat khusus dengan diri saya. Ia membuktikan kita semua sama dan menghadapi perkara yang sama.

 

Album studio kedua Jeremy Zucher berjudul ‘CRUSHER’ akan dilancarkan pada 1 Oktober 2021. Dalam mempromosikan album ini, dia akan mengadakan konsert jelajah “MORE NOISE !!!!” North American Tour bermula di Portland, Oregan dan konsert penutup akan diadakan di Washington, D.C. Peminat boleh menempah awal album ‘Crusher’ di sini.

 

Foto: Universal Music Malaysia

Baca lebih lanjut: ALIHKAN PANDANGAN ANDA KE SALAH SATU DESTINASI TERHEBAT DUNIA; DESARU COAST

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

fashion show

TRIO PENYANYI WANITA HEBAT MENDOMINASI PENTAS VICTORIA SECRET 2024

Bacaan Lanjut
SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?

SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?

Bacaan Lanjut
DIET ASAS TUMBUHAN ANTARA RAHSIA AWET MUDA LENNY KRAVITZ

DIET ASAS TUMBUHAN ANTARA RAHSIA AWET MUDA LENNY KRAVITZ

Bacaan Lanjut
JAMAL ABDILLAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH

JAMAL ABDILLAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

Bacaan Lanjut