SELAMI KEINDAHAN PERAIRAN PULAU JEJU DENGAN GALAXY S21 ULTRA
Samsung membawakan keindahan perairan Pulau Jeju di Korea Selatan dengan menggunakan telefon pintar Galaxy S21 Ultra 5G bersempena dengan Hari Lautan Sedunia United Nations tahun ini.
Jeju, sebuah kepualaian yang terletak di perairan selatan Korea Selatan cukup terkenal dengan keindahan alam semula jadi. Bersempena dengan Hari Luatan Sedunia United Nations tahun ini, Samsung membawakan keindahan perairan Pulau Jeju dengan menggunakan telefon pintar Galaxy S21. Bersama pengarah dokumentari lautan, Kim Dong-sik merakamkan kepelbagaian kehidupan laut yang mewarnai perairan Pulau Jeju.
Tema Hari Lautan Sedunia tahun ini ‘The Oceon: Life and Livelihoods’, Kim Dong-sik yang merupakan pengarah dokumentari lautan profesional telah menggunakan pengalaman selama 39 tahun untuk memberikan jawapan kepada persoalan mengenai kehidupan marin di bawah ombak. Dia telah menumpukan hidupnya dengan merakamkan keindahan serta misteri kehidupan lautan untuk memberikan kesedaran kepada penjagaan khazanah alam ini. Dia kini sedang menyiapkan dokumentari terbaharu yang fokus kepada kehidupan marin Pulau Jeju, termasuklah ‘hanyeo’ iaitu penyelam wanita ikonik Jeju serta ikan lumba-lumba.
“Daripada menggunakan peralatan yang berat, telefon pintar yang ringan dan kompak boleh digunakan untuk merakamkan kehidupan marin dekat lebih dekat tanpa memberikan tekanan kepada kehidupan laut dan juga membantu memelihara alam persekitaran,” kata Kim Dong-sik yang hanya menggunakan Samsung Galaxy Ultra 5G kali ini.
Bagaimana Merakam Di Bawah Permukaan Air Dengan Galaxy S21 Ultra
Samsung Galaxy S21 Ultra 5G adalah telefon pintar IP68 yang hadir dengan fungsi tahan habuk dan air untuk kegunaan setiap hari. Apabila menyelam di laut dalam, sarung perlindungan kalis air diperlukan untuk menggunakan kamera Galaxy S21 Utra dengan efektif, dan memastikan gajet kekal selamat dilindungi daripada air pada kedalaman yang tinggi. Apabila menggunakan sarung perlindungan kalis air, hanya butang ‘rakam; dan ‘berhenti rakam’ boleh digunakan. Dan kali ini, Kim Dong-sik menggunakan mode wide-angle untuk merakamkan kehidupan marin seperti ikan lumba-lumba. Dia turut memilih resolusi 8K pada mode standard-angle untuk rakaman jarak dekat kehidupan terumbu karang.
Pencahayaan juga memainkan peranan penting ketika merakamkan video menggunakan telefon pintar. Jika anda menggunakan pencahayaan natural, berkemungkinan anda akan mendapat rakaman yang berbeza bergantung kepada waktu. Untuk penggambaran di bawah permukaan air, awal pagi dan lewat tengah hari adalah waktu terbaik. Dan dalam situasi pencahayaan rendah atau sedimen lautan, anda perlu mendekatkan diri kepada subjek untuk gambar atau video yang terbaik.
Foto: Samsung Malaysia
Baca lebih lanjut: TEMU BUAL BERSAMA PELAKON UTAMA LUPIN, OMAR SY & LUDIVINE SAGNIER (SPOILER ALERT)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT
Ketahui tiga koleksi khas musim panas untuk melengkapi penampilan hangat ‘summer break’ nanti.
WIRELESS EARBUDS TERBAIK DARIPADA BOWERS & WILKINS KINI DI MALAYSIA
TC Acoustic Malaysia melancarkan generasi baharu true wireless earbuds yang terbaik daripada jenama audio ikonik dari United Kingdon, Bowers & Wilkins.
BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU
GLAM Lelaki berpeluang mencuba fon putik Huawei FreeBuds 5i terbaharu yang memberikan kualiti audio dan reka bentuk bergaya, serta menyokong sistem operasi Android, iOS serta Windows.
“SAYA BERDARAH PEJUANG” – JOE MANGANIELLO DARI KETURUNAN HAMBA KULIT HITAM?
Siri dokumentari Finding Your Roots telah mengubah pemahaman bintang True Blood, Joe Manganiello mengenai dirinya buat selamanya.
PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH PILIHAN GLAM LELAKI
Buat julung kali, Devialet memperkenalkan pembesar suara pintar mudah alih yang menggunakan teknologi pintar terkini untuk menikmati pengalaman stereo 360 darjah.
HADIAH AKHIR TAHUN TERBAIK BUAT LELAKI YANG SUKAKAN GAJET
InfinityLab memperkenalkan 2 gajet dengan inovasi terbaharu buat lelaki untuk meraikan akhir tahun sebagai hadiah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja.