Skip to content

Pemelihara Masa Depan Rolex 01

Pemelihara Masa Depan Rolex

Kongsikan artikel ini
1 of 3

Terinspirasi oleh lima pemenang Anugerah Rolex 2021 untuk Perusahaan. Ketahui bagaimana pemelihara masa depan Rolex ini menangani beberapa cabaran sukar dengan perkenalan projek serta idea-idea bernas.

Anugerah Rolex dipersembahkan buat julung kali pada 45 tahun yang lalu, bertujuan untuk meraikan ulang tahun ke-50 jam tangan kalis air pertama di dunia; yakni barisan arloji Oyster. Menerusi agenda ini, rumah arloji ini bertekad untuk menyokong usaha individu luar biasa yang berpunya projek inovatif. Sekali gus, mereka berjuang untuk memperluaskan pengetahuan umum mengenai kelestarian Alam; dari melindungi alam sekitar beralih membantu memelihara habitat serta spesies juga meningkatkan kesejahteraan sejagat.

Bagi penjelajah kutub dan Rolex Testimonee Alain Hubert, ekspedisi melintasi ais adalah satu pengalaman mistik

Antara inisiatif yang disokong Rolex kala ini merangkumi program Mission Blue Sylvia Earle yang bertujuan untuk memelihara lautan. Selain, mempertingkatkan pertalian bersama National Geographic, yakni merupakan rakan Rolex sejak 1954, untuk memahami perubahan iklim melalui sains.

Membimbing kita untuk ke arah masa depan juga untuk memahami kelestarian alam, projek-projek pemelihara masa depan merangkap pemenang Anugerah Rolex 2021 untuk Perusahaan, adalah  memerangi kekurangan nutrisi makanan di Tanzania dan projek perlindungan biodiversiti yang kaya di Trans-Himalaya. Selain itu, meneroka terumbu karang di laut dalam Lautan Hindi dan merungkaikan petunjuk perubahan iklim di gua terhujung Kutub Utara. Terakhir sekali, memanfaatkan pengetahuan pribumi bagi memetakan sumber alam untuk mencegah konflik iklim di Chad.

Felix Brooks-church memerangi kekurangan nutrisi makanan di Tanzania.

Felix Brooks-church, Tanzania

Pola pemakanan dan nutrisi yang buruk menyumbang kepada 15,000 kematian kanak-kanak setiap hari di seluruh dunia. Pengusaha sosial Amerika Felix Brooks-church berpunya jawapan dengan mengemukakan sistem atau pek makanan seimbang untuk memastikan setiap makanan yang dimakan oleh masyarakat yang kurang mampu; terutamanya ibu dan bayi mengandungi semua nutrien asas lagi penting. Projeknya membawa kehidupan dan harapan baru buat anak-anak di Tanzania.

1 of 3

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

Bacaan Lanjut
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

Bacaan Lanjut
AUDEMARS PIGUET 'THE WATCH KEEPERS': TERPAKAI DAN DIIKTIRAF

AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF

Bacaan Lanjut
DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI

DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI

Bacaan Lanjut
MUARA HOROLOGI: SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

Bacaan Lanjut
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA IWC. ENGINEERED KE PAVILION KUALA LUMPUR

IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut