BELAIAN UNTUK LELAKI BERAMBUT AFRO DAN KERITING
Bertuahlah sesiapa yang berambut keriting atau afro, kerana ada orang berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan gaya rambut sebegitu. Sebagai seorang yang mempunyai rambut keriting saya akui dulu-dulu saya kerap meluruskan rambut sendiri di rumah, kononya memang tidak suka dengan rambut semula jadi saya. Bila beransur dewasa, saya mula sedar sebenarnya jika pandai jaga dan betul penggayannya rambut keriting itu seksi dan ada statement.
Terkini, Lush memperkenalkan lima produk baharunya yang didedikasikan untuk mereka yang berambut afro dan pastinya boleh juga digunapakai untuk sesiapa yang memiliki rambut keriting. Lebih menarik tentang himpunan ini Lush mengetengahkan Sarah Sango, iaitu pakar dalam penjagaan rambut afro untuk mengembangkan idea tentang rangkaian ini. Sarah sudah menyertai pasukan penjagaan rambut Lush sejak dua tahun lalu.
Menurut Sarah, bahan-bahan yang dia gunakan di dalam produk ini banyak diinspirasikan daripada resipi keluarganya. “Saya seronok menghasilkan rangkaian ini, memikir dan mengembangkan idea, dari penjagaan hinggalah kepada penggayaan rambut,” ujarnya.
GLORY CONDITIONER
Pilihan lain bagi anda yang mempunyai masalah rambut kering. Ia mengandungi gel okra yang kaya dengan magnesium, yang mana ia melebatkan rambut. RM80 (95g) RM145 (215g) RM270 (450g).
POWER CONDITIONER
Rawatan merapi rambut secara intensif ini bertindak untuk melembap juga menebalkan rambut sekali gus menjadikan rambut nampak bouncy. Rambut keriting dan afro sememangnya sudah punya volum sendiri, perapi ini membuatkannya tampil lebih rapi. RM80 (95g) RM145 (215g) RM270 (450g) .
SUPER MILK CONDITIONING SPRAY
Produk pelbagai guna untuk semua. Kelalang semburan ini diisi dengan campuran susu badam, kelapa dan oat yang mana ia menghidratkan rambut tanpa menyebabkan rambut berasa berat Atau meleper. Cara penggunaan, semburkan pada rambut yang masih basah atau lembap. Kemudian barulah gunakan alat penggayaan rambut seperti pengering rambut. RM80 (100g) RM165 (250g).
RENEE’S HAIR SOUFFLE HAIR & SCALP OIL
Mengapa item ini namanya Renee? Kerana ia Adalah nama adik kepada Sarah, yang mana Sarah mendapat ilham menghasilkan minyak ini berpandukan resipi Renee. Dulu-dulu Renee akan emmbawa pulang she butter tiap kali melawat temannya di Ghana. Tidak Hanya menggunakan shea butter pada kulit, dia juga mengolesnya pada rambut. Selain baik rambut, minyak ini juga dicipta untuk kulit kepala. Urut lembut kepala menggunakan jari. RM80 (90g) RM140 (190g) RM220 (390g).
CURL POWER
Krim rambut yang mewah dengan protein ini dicipta untuk menyerlahkan lagi gulungan rambut yang keriting. Selepas merapikan rambut dengan leave-in-conditioner dan dikeringkan dengan tuala, oles pula krim rambut ini. RM85 (95g) RM150 (215g) RM240 (450g)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANTARA POMADE, GEL DAN WAX YANG MANA PILIHAN ANDA?
Taste masing-masing! Ada yang team pomade, ada yang team wax dan ada yang team gel. Semuanya mengikut keselesaan peribadi. Tapi tahukah anda tiga produk ini punya kelainan.
KULIT KEPALA KERING BOLEH DIRAWAT DENGAN SCALP CLINIX
Schwarzkopf Professional tangani masalah kulit kepala seperti kelemumur, kering, berminyak dan rambut gugur dengan barisan terkini Scalp Clinix.
AESOP DAN RICK OWENS
Pertemuan luar biasa antara figura fesyen mencetus kolaborasi paling ditunggu-tunggu. Koleksi edisi terhad dedikasi kepada sinergi antara Aesop dan Rick Owens.
5 SYAMPU BOLEH DICUBA JIKA TAKUT RAMBUT GUGUR
Rasanya isu utama atau kebimbangan orang lelaki ialah masalah rambut gugur. Rambut yang makin menipis atas faktor usia, stres dan diet antara yang menimbulkan kerisauan. Memang sudah fitrah kita tidak dapat menolak takdir, usia akan terus bertambah dan peningkatan usia ini akan ada perubahannya pada fizikal kita baik pada kulit dan termasuklah rambut. Namun perubahan…
10 HARUMAN KLASIK DAN IKONIK BUAT LELAKI
Dalam banyak-banyak item grooming, minyak wangi antara yang paling penting. Haruman adalah item yang muncul di minda lelaki bila bercakap tentang grooming. GLAM LELAKI himpunkan sepuluh haruman klasik disukai sepanjang zaman.
RAMBUT MAKIN BERKURANGAN? INI PETUA ABANG BUJANG
Rambut sihat adalah cerminan peribadi. Sebab itu kenapa anda harus fokus dalam merapi rambut agar tampak kacak dan bergaya malah meraih perhatian mata wanita. GL bariskan petua terbaik untuk anda.