Skip to content

#GLHARI BAPA, HANGOUT WITH THE COOL DAD KASHFI EMIR

#GLHARI BAPA, HANGOUT WITH THE COOL DAD KASHFI EMIR

Kongsikan artikel ini

PADA USIA 30 TAHUN, KASHFI EMIR (@kashfiemir) SANGAT BERTUAH SUDAH BERKELUARGA DAN BERCAHAYA MATA. BOLEH DIANGGAP DIRINYA CUKUP LENGKAP DENGAN KURNIAAN KELUARGA YANG BAHAGIA, DI SAMPING PEKERJAANNYA SEBAGAI PEREKA HIASAN DALAMAN YANG MAKIN STABIL. GLAM LELAKI BERSEMBANG BERSAMA KASHFI MENGENAI STAIL PERIBADI DAN PERSONALITINYA SEBAGAI SEORANG BAPA SEMPENA SAMBUTAN FATHER’S DAY.

 

Father's Day

PERKHABARAN BAHARU KASHFI EMIR?

Mengharungi pandemik, most of the time. Selain daripada cabaran ekerja dari rumah, saya cuba untuk kekal optimis. Tetapi kebanyakkannya rasa bersyukur dan positif dapat bersama keluarga. 

 

BERDASARKAN POSTING MEDIA SOSIAL KASHFI, KASHFI MEMPUNYA STAIL YANG MODEN DAN MINIMAL. KONGSIKAN REVOLUSI STAIL PERIBADI KASHFI?

Saya mula membaca majalah GQ dan Esquire sejak berumur 13 tahun, sejak daripada itu minat mengenai fesyen dan stail pula timbul. Tetapi saya bukan seorang yang ‘adventurous’ dalam perihal fesyen (saya suka melihat orang yang seperti itu), kerana saya tak rasa saya boleh memakainya dengan baik. 

Oleh itu, saya cuba stail yang terarah ringkas dan minimal. Seperti memakai kemeja T putih yang dipadukan bersama seluar ‘tailored’, saya akan rasa okay. Namun, selepas bertahun-tahun kemudian, stail peribadi saya mula berubah. Saya banyak meluangkan masa di studio bersama team saya, sebab itu saya lebih gemar memakai sesuatu yang selesa untuk kelihatan berketerampilan. Misalnya, memakai helaian baju panas bersama seluar-seluar tailored. 

Father's Day

 

APA ATAU SIAPAKAH RUJUKAN FESYEN KASHFI?

Saya tidak akan mengatakan bahawa saya mempunyai ikon gaya tetapi saya ada menyimpan beberapa posting Instagram sebagai rujukan pada masa akan datang. Tetapi jika saya perlu menyimpulkannya, saya ingin katakan yang saya gemarkan gaya yang bercampur sesuatu yang klasik dengan sentuhan ‘edge’. Saya suka apa sahaja yang dipakai oleh Paul Newman dari era ‘60-an dan Ronnie Fieg dari KITH. 

 

SEBAGAI PEREKA HIASAN DALAMAN, ADAKAH IMEJ PERIBADI MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING? 

Yes I do. Saya telah dididik sejak usia muda lagi oleh ibu untuk selalu berpenampilan baik di mana sahaja saya berada kerana ia melambangkan identiti saya. Dan secara halusnya, gerobok fesyen saya adalah lanjutan kepada falsafah rekaan saya juga. 

Father's Day

Father's Day

STAIL ATAU TREND FESYEN LELAKI KEGEMARAN?

Sebagai seorang Muslim, kami dilarang tetapi jika boleh, saya mungkin akan bertatu pada seluruh badan. I find it such an interesting form of art. 

 

ANY FASHION’S WISHLIST?

Banyak! Haha. Tetapi buat masa sekarang, saya sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan Heuer Carrera Chronograph edisi vintaj. 

 

HOW DO YOU INCORPORATE YOUR PERSONAL STYLE WITH YOU CAREER?

Saya rasa saya tidak menyedari bagaimana kedua-duanya saling menyumbang antara satu sama lain, tetapi saya dapati bahawa kreativiti dan proses berfikir saya mengalir dengan lebih baik apabila saya berasa yakin, terutamanya ketika saya dapat mengekspresikan diri melalui gaya peribadi saya. 

 

BAGAIMANAKAN KASHFI MENYAMBUT HARI BAPA KALI INI?

Bersantai bersama ‘skuad’ saya di rumah. 

 

PERKARA TERBAIK BERGELAR BAPA?

Menjadi kawan baik bersama anak-anak saya. 

Father's Day

 

PADA PENDAPAT KASHFI, BAGAIMANAKAH PERSONALITI SEORANG ‘MODERN DAD’?

Saya ingin berfikir pada zaman ini, ia penting bagi seorang lelaki untuk menjaga dirinya daripada tidak ambil tahu mengenai perjuangan dan cabaran setiap orang dalam kelompok masyarakat. Untuk memperkenalkan kepada anak-anak mengenai berlaku kebaikan dan kesetaraan terhadap semua kaum, jantina dan agama melalui perbuatannya. 

 

WHAT TYPE OF DAD ARE YOU? MENGAPA?

Saya berharap saya seorang ‘style dad’ haha.. Saya mungkin the funny dad di rumah. 

 

UCAPAN UNTUK HARI BAPA?

Saya tahu banyak bapa-bapa di luar sana harus bekerja keras untuk memastikan keluarganya selamat dan menyediakan sumber makanan yang mencukupi pada masa-masa sukar ini, jadi marilah kita bersikap baik dan saling menjaga, pastikan rakan dan jiran kita dalam keadaan baik-baik sahaja. Selamat Hari Bapa. 

 

Artikel berkaitan: PIPI RAZI, INSTABOY YANG BERESTETIKA & BIJAK BERGAYA

 

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
fashion week 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut

SPICE UP PENAMPILAN ANDA DENGAN AKSESORI INI

Bacaan Lanjut