Skip to content

SENARAI PENUH PEMENANG GOLDEN GLOBES KE-78

SENARAI PENUH PEMENANG GOLDEN GLOBES KE-78

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Majlis anugerah Golden Globes 2021 akhirnya berjaya dilangsungkan walau dunia masih berhadapan dengan situasi pandemik.

Berbanding tahun-tahun lalu, majlis Golden Globes kali ini mendapat lebih tumpuan atas beberapa sebab.

Ia tertangguh sejak Januari disebabkan pandemik Covid-19, memaksa hos Tina Fey dan Amy Poehler untuk mengacarakan majlis ini dari dua lokasi berbeza – Tina di New York manakala Amy pula di Los Angeles.

 

Foto: Edition.cnn

 

Kemeriahan juga kurang dirasai kerana kehadiran calon dan penerimaan hadiah dilakukan secara maya. Penonton yang dibenarkan berada di lokasi hanyalah barisan hadapan dan pekerja yang terlibat.

Satu kontroversi juga timbul sewaktu majlis berlangsung. Hollywood Foreign Press Association (HFPA) yang menyelia acara tersebut menerima kecaman apabila siasatan Los Angeles Times mendapati berlakunya pelanggaran etika. Dilaporkan, HFPA yang membariskan 87 anggota tidak mempunyai seorang pun wartawan berkulit hitam.

“Malam ini di kala kita meraikan pencapaian artis dari seluruh dunia, kita menyedari bahawa terdapat tugas yang kita sendiri perlu lakukan,” kata naib presiden HFPA.

“Sama seperti dalam filem dan televisyen, perwakilan kulit hitam sangat penting. Kita harus mempunyai wartawan berkulit hitam di dalam organisasi ini.”

Sebelum itu dalam sesi monolog, Tina sempat mengutarakan kontroversi yang timbul.

“Kita semua tahu majlis anugerah adalah sesuatu yang dungu. Tetapi walau sedungu mana pun, inklusiviti amat penting. Saya sedar, HFPA, mungkin anda tidak mendapat memo kerana tempat kerja anda adalah ruang belakang McDonald’s Perancis, tetapi anda harus mengubahnya. Ia harus dilakukan.”

Walau apa pun, majlis tetap berlangsung dengan lancar sehingga ke penghujungnya.

1 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KONTROVERSI 2 FINALE RANCANGAN REALITI KOREA “Physical 100”, SIAPA YANG PATUT MENANG?

RANCANGAN NETFLIX KOREA “PHYSICAL: 100” CETUS KONTROVERSI, SIAPA YANG PATUT MENANG?

Bacaan Lanjut
WILL SMITH DIPERSENDA EDDIE MURPHY DI ANUGERAH GOLDEN GLOBES

WILL SMITH DIPERSENDA EDDIE MURPHY DI ANUGERAH GOLDEN GLOBES

Bacaan Lanjut
TAHUN 2023 PELUANG BAHARU BUAT KIM SEON HO

TAHUN 2023 PELUANG BAHARU BUAT KIM SEON HO

Bacaan Lanjut

TAN SRI MICHELLE YEOH TERCALON, TOM CRUISE DIKETEPIKAN ANUGERAH GOLDEN GLOBES 2023

Bacaan Lanjut
KANYE WEST KECAM SELEBRITI BERHUBUNG KEMPEN KONTROVERSI BALENCIAGA

KANYE WEST KECAM SELEBRITI BERHUBUNG KEMPEN KONTROVERSI BALENCIAGA

Bacaan Lanjut
PERCINTAAN HARRY STYLES & OLIVIA WILDE KECUNDANG DI TENGAH JALAN

PERCINTAAN HARRY STYLES & OLIVIA WILDE KECUNDANG DI TENGAH JALAN

Bacaan Lanjut