Skip to content

Siapa Paling Bergaya 2014?

Kongsikan artikel ini

December 15, 2014

TAHUN INI MENYAKSIKAN KEHADIRAN BARISAN LELAKI BERGAYA DENGAN STAIL TERSENDIRI. STAIL, ETIKA DAN PERSONALITI YANG MENGAGUMKAN MENGANGKAT MEREKA SEBAGAI LELAKI PALING BERGAYA 2014.

DAVID BECKHAM
PERKERJAAN: Usahawan dan personaliti.
ASAL: United Kingdom
STAIL PERIBADI: David Beckham sememangnya diangkat sebagai ikon fesyen terbaik sepanjang zaman, tetapi tahun ini dia sekali lagi menyerlah disebabkan ajnas gayanya di pelbagai acara.

db_leather

 

ADAM LEVINE
PERKERJAAN: Penyanyi & pelakon
ASAL: Amerika Syarikat
STAIL PERIBADI: Ternyata tema rock menjadi nadi dalam keseluruhan penggayaannya. Namun dia juga berani mencuba pelbagai gaya seperti memakai sut dan blazer apabila menghadiri acara formal.

Adam-levine

NORMAN REEDUS
PERKERJAAN: Pelakon
ASAL: Amerika Syarikat
STAIL PERIBADI: Gayanya tidaklah menegaskan gaya klasik atau preppy, tetapi lebih kepada gaya attitude tersendiri. Menurut pengikut fesyen, Norman banyak menginspirasikan stail lelaki muda hari ini.

Norman-reedus1

 

BENEDICT CUMBERBATCH
PERKERJAAN: Pelakon & produser filem
ASAL: United Kingdom
STAIL PERIBADI: He’s like the epitome of British man. Bijak bergaya, peramah dan berbakat besar adalah gambaran sempurna tentang pelakon, Benedict Cumberbatch. Dia memukau ramai pengikut fesyen dengan keterampilannya di acara-acara fesyen, majlis tayangan filem atau majlis pelancaran filem. Peminat wanita menggilai keunikan matanya.

Benedict-cumberbatch

 

DAVID GANDY
PERKERJAAN: Model
ASAL: United Kingdom
STAIL PERIBADI: David sentiasa tampil menawan dalam apa jua tema gaya yang digayakan. Pelbagai tip fesyen dan grooming turut boleh di adaptasi darinya. Paling jelas David gemarkan gaya dandy.

david-Gandy

TOM HARDY
PERKERJAAN: Pelakon & pengarah
ASAL: United Kingdom
STAIL PERIBADI: Keperibadian Tom Hardy terarah rebellious serta lebih selesa dengan hanya menyarung t-shirt dan denim. Namun, pabila muncul di majlis-majlis formal dia tetap memcuba bergaya formal seperti sut.

Tom-Hardy

BRYAN CRANSTON
PERKERJAAN: Pelakon, produser & pengarah
ASAL: Amerika
STAIL PERIBADI: Setiap kali menghadiri majlis-majlis mewah, Bryan seringnya dirakam dalam helaian formal seperti sut hitam, sut kelabu, tuksedo dan sut biru. Bryan juga bijak bermain dengan aksesori seperti bow tie, skarf dan topi fedora bagi menyerlahkan gayanya.

bryan-cranston

JARED LETO
PERKERJAAN: Penyanyi, pelakon, pengarah & aktivis
ASAL:  Amerika Syarikat
STAIL PERIBADI: Dia bijak mengabungkan stail rock dan formal dalam satu penggayaan. Gaya paling ikonik Jared Leto tahun ini adalah pada majlis Oscar, di mana dia mengenakan sut putih Saint Laurent Paris.

jared-leto

 

JAMIE DORNAN
PERKERJAAN: Model & pelakon
ASAL: Ireland
STAIL PERIBADI: Benar, apa-apa sahaja tema dan gaya kepada Jamie Dornan, pasti dia berjaya menonjolkannya. Disebabkan dia memiliki kriteria sempurna seorang model (kurus, tinggi dan fotogenik), seringnya dia tampil stylish pada setiap masa.

jamie-dornan

 

VICTOR CRUZ
PERKERJAAN: Pemain Ragbi
ASAL: Amerika Syarikat
STAIL PERIBADI: Di luar padang, Victor sering dirakam memperagakan sut, kemeja, sweater, floral shirts dan pelbagai aksesori lelaki. Dia mengangkat the new age of men’s dressing.

victor-cruz

 

LEBRON JAMES
PERKERJAAN: Pemain Bola Keranjang
ASAL: Amerika Syarikat
STAIL PERIBADI: Lebron memang cintakan fesyen dan sebab itulah dia berani bermain dengan warna dalam penampilan. Merah, biru dan printed sweater pun dia berani pakai.

Lebron-James

 

PHARRELL WILLIAMS
PERKERJAAN: Pemuzik
ASAL: Amerika Syarikat
STAIL PERIBADI: Pharrell antara sebilangan pemuzik yang berani mencuba pelbagai gaya, lantas melambangkan identitinya yang sebenar. Tahun ini sahaja, Pharrell telah mencetuskan fenomena ‘mountain hat’ yang dikatakan gaya paling ikonik di musim anugerah 2014.

pharrell-Williams

 

IDRIS ELBA
PERKERJAAN: Pelakon & Produser
ASAL: United Kingdom
STAIL PERIBADI: Idris Elba mempunyai personaliti yang disenangi ramai, apa sahaja yang digayakan nampak ‘terletak’ dan mencuri perhatian. Walaupun sekadar t-shirt putih, Idris tetap kelihatan bergaya dan mencerminkan keperibadiannya. Stailnya wajar dijadikan contoh buat lelaki bercita rasa klasik dalam fesyen.

idris-elba

By Thomas
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG APRIL 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
JOE FLIZZOW HADIAHKAN BERLIAN BUAT PEMINAT

JOE FLIZZOW HADIAHKAN BERLIAN BUAT PEMINAT

Bacaan Lanjut
SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS

SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS

Bacaan Lanjut

RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY TERKAIT DALAM KES SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

PUTERA HARRY TERKAIT DALAM SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

Bacaan Lanjut