SIRI TRILOGI ‘FEAR STREET’ BAKAL MENGHANTUI ANDA JULAI INI
Gergasi penstriman antarabangsa, Netflix membariskan siri trilogi ‘The Fear Street Trilogy’ yang pasti bakal menghantui malam anda sepanjang bulan Julai ini.
Apakah yang akan berlaku jika anda satukan sekumpulan remaja, pembunuh bertopeng dan juga ahli sihir yang penuh dendam bersama? Jika anda menjawab “kisah seram yang berdasarkan siri ‘Fear Street’ yang menakutkan”, jawapan anda tepat sekali! Sepanjang bulan Julai ini, gergasi penstriman antarabangsa, Netflix membariskan siri filem trilogi yang pasti bakal menghantui malam anda.
Bermula 2 Julai 2021, siri pertama filem trilogi ini akan membuat debut di Netflix. Siri ini akan berlatarkan bandar Shadyside yang menjadi saksi kepada beberapa siri pembunuhan kejam lebih 300 tahun dahulu. Penonton pasti akan menjangkakan banyak twist and turns, termasuklah pertumpahan darah dan keganasan yang akan memberikan kejutan nanti.
Fear Street Part 1: 1994

MAYA HAWKE as HEATHER. Cr: Netflix © 2021
Tarikh tayangan: 2 Julai 2021
Sinopsis: Selepas beberapa siri pembunuhan kejam, seorang remaja perempuan dan rakan-rakannya mendepani kuasa jahat yang telah menghantui bandar mereka berabad lamanya. Selamat datang ke Shadyside.
Fear Street Part 2: 1978

Cr: Netflix © 2021
Tarikh tayangan: 9 Julai 2021
Sinopsis: Dalam bandar Shadyside yang penuh sumpahan, siri pembunuhan seorang pembunuh telah mengganas di Camp Nightwing. Musim panas yang bermula penuh keseronokan itu kini bertukar menjadi perjuangan untuk kekal hidup.
Fear Street Part 3: 1666

Cr: Netflix © 2021
Tarikh tayangan: 16 Julai 2021
Rahsia-rahsia penuh kegelapan. Bisikan kejahatan. Kecelakaan dunia 1666 yang penuh kekejaman memegang kunci kebenaran disebalik sumpahan yang berkuasa. Dan ia menjadi kunci kepada pintu masa hadapan.
Foto: Netflix Malaysia
Baca lebih lanjut: 4 SEBAB GARMIN FORERUNNER 55 TERBAIK BUAT PELARI DAN ATLET
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2023
Dari filem “Extraction 2” lakonan Chris Hemsworth kepada siri hangat terbaharu “The Idol” lakonan The Weeknd dan Lily-Rose Depp, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan ‘must watch’ sepanjang Jun 2023.
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2023
Dari siri “American Born Chinese” yang menampilkan Tan Sri Michelle Yeoh kepada “Black Knight” lakonan Kim Woo-Bin, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan baharu yang ‘must watch’ sepanjang Mei 2023.
6 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘THE NIGHT AGENT’, GABRIEL BASSO
Tahukah anda, Gabriel Basso daripada siri popular Netflix, “The Night Agent” merupakan seorang bapa muda?
TOP 10 RANCANGAN TV YANG PALING POPULAR DI NETFLIX
Antara “Stranger Things”, “Money Heist” atau “Squid Game”, rancangan TV apakah yang paling popular di laman penstriman Netflix?
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2023
Dari “Sweet Tooth: Season 2” kepada siri adiwira ikonik Power Rangers terbaharu, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan baharu yang ‘must watch’ sepanjang April 2023.
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2023
Dari musim kedua “Melur Untuk Firdaus” kepada siri Star Wars popular “The Mandalorian”, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan baharu yang ‘must watch’ sepanjang Mac 2023.