Skip to content

‘SPIDER KELUAR SARANG’ BAKAL GEGARKAN PENTAS KONSERT

‘SPIDER KELUAR SARANG’ BAKAL GEGARKAN PENTAS KONSERT

Kongsikan artikel ini

Konsert solo Spider yang telah lama dinantikan peminat rock dan ska akhirnya menjadi realiti.

Kugiran yang telah bertapak dalam industri muzik tanah air sejak 1996 ini bakal muncul dengan konsert Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024. Memilih tarikh 22 jun, ia bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.

Bercakap mengenai konsert solo, vokalis Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafah memaklumkan ini adalah waktu terbaik untuk kumpulan itu kembali menghangatkan industri muzik tempatan.

konsert spider

“Setelah banyak terlibat dengan persembahan di festival dan gig kecil usai pandemik, kami melihat ini adalah masa tepat untuk ‘keluar sarang’. Konsep ‘keluar sarang’ menjadi pertaruhan kami kerana peminat sedia maklum, sudah lama kami tidak beraksi di pentas konsert berskala besar,” katanya.

Barisan Lagu Hangat Spider

Konsert Spider Kuala Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 merupakan hasil kerjasama dengan IFIX Entertainment selaku penganjur. Mereka percaya konsert ini akan berjaya menarik peminat untuk melihat kumpulan itu beraksi di atas pentas. Sekali gus mencipta sensasi tersendiri.

“Kum memiliki enam album studio penuh tetapi daripada setiap album yang dihasilkan, mereka mempunyai banyak hit atau lagu popular yang diminati ramai,” menurut pihak IFIX Entertainment.

spider

Antara lagu yang bakal dipersembahkan pada malam itu termasuk Kasih Latifah, Cinta Dewa Dewi, Aladdin, Laukku Cukup Masin dan Nazraku. Juga beberapa lagu lain menjadi halwa telinga peminat sejak 28 tahun lalu.

Tiket-tiket Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur yang berharga dari RM179 hingga RM259 boleh dibeli menerusi laman sesawang tapautix.asia.

 

Pautan berkaitan: SUJUD AIDILFITRI, LAGU RAYA SULUNG SEARCH BUAT PEMINAT