Skip to content

SUJUD AIDILFITRI, LAGU RAYA SULUNG SEARCH BUAT PEMINAT

SUJUD AIDILFITRI, LAGU RAYA SULUNG SEARCH BUAT PEMINAT

Kongsikan artikel ini

Search membuat kejutan dan melakar sejarah tersendiri apabila muncul dengan Sujud Aidilfitri sempena Syawal tahun ini.

Selepas lebih 30 tahun penglibatan dalam industri muzik, kumpulan rock legenda ini tampil dengan lagu istimewa sempena meraikan hari kebesaran umat Islam. Ia dicipta oleh Jun dan Search. Rie Tsuji menghulurkan kepakaran sebagai arranger manakala Rozhan membantu proses mixing dan mastering.

Tidak lari daripada genre sama lagu-lagu kumpulan ini iaitu rock dan balada, ia mengandungi mesej penuh bermakna menerusi barisan lirik yang menyentuh emosi, menurut vokalis Datuk Amy.

“Sujud Aidilfitri memiliki lirik yang lebih menyentuh dan beremosi sesuai dengan suasana hari kemenangan umat Islam itu sendiri. Liriknya lebih bersifat kepada muhasabah diri, merenung kekhilafan yang telah dilakukan, seterusnya dengan rendah hati memohon kemaafan.

“Ini Aidilfitri, hari kemenangan dan satu Syawal secara tradisi dimulakan dengan bermaafan sebelum umat Islam menyambutnya dengan penuh bahagia. Inilah yang disampaikan dalam Sujud Aidilfitri. Sebuah sengketa dapat terhapus dengan satu kemaafan yang sejati,” ujarnya.

Sujud Aidilfitri

Sujud Aidilfitri Rai Semangat Hari Raya

Menurut kumpulan yang dianggotai oleh Datuk Amy, Man Kidal, Nasir dan Hillary ini, Sujud Aidilfitri dihasilkan sebagai usaha menghidupkan lagu raya yang semakin jarang dirakamankan. Ini kerana pendengar lebih memilih mendengar lagu raya klasik yang bersifat malar segar.

“Tidak dinafikan saban tahun akan ada lagu raya baharu dirakamkan. Tetapi dengan genre atau suasana lagu yang lebih cenderung meriah atau bersifat keraian. Jadi Search memilih nuansa yang lebih kental dari melodi dan liriknya sesuai dengan kematangan kami,” ujar pemain bass, Nasir.

Dalam video klipnya, Search bukan saja mengembalikan semangat lagu raya tetapi juga mengukuhkan kedudukan sebagai salah satu kugiran legenda yang mampu menginspirasi generasi baru dengan muzik mereka.

Sujud Aidilfitri boleh didengari di semua corong radio atau platform digital. Klip video pula boleh ditonton di laman YouTube Universal Music.

 

Pautan berkaitan: 10 LAGU RAYA MODEN TERBAIK SEBAGAI HALWA TELINGA DI PAGI SYAWAL

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

lagu raya 2024

8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
kumpulan search

KONSERT ‘FANTASIA BULAN SALJU’ SEARCH BAKAL MENGGEGARKAN ARENA OF STAR, RESORT WORLD GENTING

Bacaan Lanjut
PENGLIBATAN EMPAT DEKAD AMY SEARCH DALAM INDUSTRI HIBURAN DIIKTIRAF

PENGLIBATAN EMPAT DEKAD AMY SEARCH DALAM INDUSTRI HIBURAN DIIKTIRAF

Bacaan Lanjut