Skip to content

STIGMA KESIHATAN MENTAL LELAKI

STIGMA KESIHATAN MENTAL LELAKI

Kongsikan artikel ini
3 of 4

MASALAH MENTAL BOLEH BERLAKU KEPADA SESIAPA SAHAJA

“Tidak kira lelaki muda remaja atau lelaki yang sudah bernikah dan berkeluarga, kaum Adam terdedah kepada isu mental yang perlu dikawal serta mungkin juga diubati,” katanya. Menurutnya lagi, proses sosialisasi membuatkan lebih ramai lelaki tidak cakna dan sambil lewa terhadap kesihatan mental sendiri.

STIGMA KESIHATAN MENTAL LELAKI

Foto: sturti di istock.

Untuk lelaki dewasa yang sudah berkerjaya dan berkeluarga misalnya, kesannya boleh menjadi lebih tragis. Kehilangan kerja, penceraian dan keganasan rumah tangga boleh menjadi manifestasi masalah mental yang tidak terkawal dan diubati. Akhirnya, lelaki itu terpaksa hidup bersendiri dan tersisih daripada keluarga, komuniti dan masyarakat seluruhnya. Apabila sampai ke tahap itu, ada yang akan cuba mengambil jalan keluar hingga sanggup mengambil nyawa sendiri.

Dr Airil Haimi berkata, impak masalah mental lelaki ada kalanya tidak sama dengan wanita. Ini menyukarkan proses permulaan diagnosis masalah mental dalam kalangan lelaki. “Lelaki yang mengalami kemurungan teruk atau depresi lebih cenderung menyembunyikan emosi. Individu seperti ini mungkin kelihatan seperti cepat naik angin, suka marah atau terlalu agresif.”

3 of 4

By Ameerul Hamzah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut

7 KATEGORI LELAKI WANITA SEBOLEHNYA MAHU ELAK! ADAKAH ANDA TERSENARAI?

Bacaan Lanjut

INI SEBAB-SEBAB UTAMA LELAKI ‘SAY NO’ KEPADA SEKS

Bacaan Lanjut

INI 8 PERKARA LELAKI MATANG TIDAK AKAN BUAT

Bacaan Lanjut

BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

Bacaan Lanjut