7 KATEGORI LELAKI WANITA SEBOLEHNYA MAHU ELAK! ADAKAH ANDA TERSENARAI?
Relationship, is complicated huh?! Apatah lagi melibatkan emosi dan perasaan. Buat wanita, sudah pasti mereka mencari seorang lelaki yang benar-benar dekat dengan jiwa mereka.
Sebenarnya ada kategori lelaki yang seboleh-bolehnya akan dielak oleh kaum perempuan. Jadi, adakah anda antara yang tersenarai? Lets check it out!
1. THE BAD GUY
Bad guy, tidak semestinya mereka jahat, atau betulkah? Bagi wanita, lelaki dalam kategori ini adalah seorang yang berani, provokatif dan berbahaya. Yup kriteria ini ternyata menarik perhatian, pada permulaan satu perhubungan. Tetapi apabila seorang wanita mula memikirkan tentang sesuatu yang lebih serius, wanita pasti akan mula meragui sama ada mereka menjalinkan perhubungan dengan lelaki, yang berkemungkinan besar mempunyai rekod jenayah pada masa lampau, apatah lelaki seperti ini berpotensi menjadi seorang yang agresif dan tidak mustahil akan menyakiti wanita.
2. THE BODYBUILDER
Eh apa benar dakwaan ini? Too much? Ada yang terkesankah? Tidak dinafikan, lelaki dengan badan tegap dan seksi kebiasaannya popular. Yang pasti, tiada apa yang salah bagi seorang lelaki untuk menjaga dirinya dan berusaha kelihatan lebih maskulin dan tampil lebih segak. Namun apabila obsesi lelaki dengan keperibadiannya menjadi tidak terkawal, mengemas kini profil Instagramnya dengan gambar di gim selang setiap 5 minit, trust us women will turn off! Ketahuilah, tidak semua wanita mendambakan seorang lelaki yang tegap sentiasa. Wanita hanya ingin merasa dicintai dan enggan mendedikasikan hidupnya dengan ‘kemahuan’ anda ini.
3. THE MAMA’S BOY
Oh no! Adakah lelaki ‘anak emak’ ini kurang digemari kaum wanita? Some women think that a man who loves and respects his mother will most likely love and respect his wife. Jangan salah sangka dan cepat buat andaian. Seorang lelaki sewajarnya mengagungkan emak mereka, maklumlah syurga seorang anak terletak di bawah kaki ibunya. Namun, apa yang kami maksudkan adalah seorang lelaki yang tidak sudah-sudah mengharapkan emaknya, dari sekecil-kecil hal hinggalah ke sebesar-besar isu. Come on guys!
4. THE LOSER
Of course, lelaki jenis ini patut dielakkan! Sudahlah tidak bekerja, hanya mengharapkan duit ibu bapa atau kekasih saja. Senang cerita, mereka ini adalah dari kelompok yang tidak bertanggungjawab, enggan komited dan tiada masa hadapan.
5. THE BABY
Sikit-sikit merajuk! Apabila seorang lelaki tidak dapat membuat keputusan sendiri, mudah tersinggung setiap kali anda mengambil masa lebih dari lima minit untuk membalas mesejnya… Wanita, anda dalam bahaya. Lelaki jenis ini mudah dikawal emosi dan wajarlah wanita akan cepat hilang minat dengan anda. Apa tidaknya, hal yang kecil pun dibesar-besarkan. Come on!
6. THE PUSHOVER
Jenis lelaki yang selalu mengikut telunjuk, malah mudah tunduk pada kemahuan kaum wanita. Tiada keberanian, tiada kecekalan. Dalam erti kata lain, lemah! Walaupun ini baik untuk wanita, just saying tetapi wanita akan mudah turn off dengan sikap ini. Wanita mengharapkan seorang lelaki untuk tegas, firm dan tidak mudah gentar.
7. THE CHEATER
Siapa yang suka dengan penipu? Bukan wanita saja. Oleh itu, pentingnya seorang wanita untuk sentiasa mengawasi tindak tanduk kekasih dan suaminya, kerana lelaki didapati amat mudah untuk mengkhianati (tetapi bukan semua ya), apatah lagi yang menipu tentang seksualitinya. Oleh itu, buat lelaki tolonglah jaga hati dan perasaan pasangan anda ya. Sekali mereka terluka, selamanya anda akan dibencinya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON
Semak lima idea gaya dari Jenson Button untuk Hackett London. Dirancang sesuai dengan gaya hidup lelaki alfa.
5 BEG LELAKI MENARIK DARIPADA KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023
Louis Vuitton hadirkan koleksi baharu Taigarama. Kali ini membawa nafas olahraga yang kencang serta dituangkan ke dalam koleksi musim panas.
GLAM LELAKI CHEF TABLE: PENGALAMAN KULINARI EKSKLUSIF YANG PERTAMA
Buat julung kali, GLAM Lelaki menganjurkan 'GLAM Lelaki Chef Table' yang dihadiri oleh selebriti, model dan bintang media sosial untuk pengalaman kulinari yang eksklusif.
FAHAD IMAN MAKIN ‘DARING’ BERFESYEN, “JUST LIVING LIFE!”
Pelakon, Fahad Iman selesa dengan gayanya yang sekarang. Tidak perlu berpura-pura malah mahu menjadi diri sendiri melalui penampilan.
BRIGHT DEDAHKAN RAHSIA KULIT PUTIH LELAKI THAI
Interviu eksklusif bersama Bright Vachirawit menyelongkar rahsianya bagaimana dia menjaga kulit muka dengan teliti.
4 KRIM PELEMBAP MUKA LELAKI PALING ALPHA
Tekstur lebih mengagumkan, gabungan teknologi semakin canggih! 4 krim pelembap wajah ini hanya untuk lelaki Alpha.