Skip to content

Tanah Gajah Ubud Bali

TANAH GAJAH, A RESORT BY HADIPRANA: DESTINASI PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI

Kongsikan artikel ini

Tanah Gajah, a Resort by Hadiprana merupakan sebuah destinasi percutian yang menjanjikan ketenangan, privasi dan keindahan alam semula jadi Ubud, Bali yang tiada tandingan.

Berlokasi hanya 10 minit dari pusat keagamaan dan kesenian kepulauan Bali, Tanah Gajah, a Resort by Hadiprana merupakan sebuah oasis alam semula jadi yang berlatar pemandangan sawah padi dan taman kehijauan yang unik. Pernah dinobatkan sebagai antara resort terbaik dunia di Indonesia oleh Condé Nast Traveler, resort 5-bintang nan mewah ini juga terkenal dengan hospitaliti dan seni bina artistik, serta satu-satunya destinasi percutian yang mempunyai belon udara panas di Bali.

Tanah Gajah bali

Nama resort ini diambil sempena arkitek dan pereka seni bina legenda Indonesia, Hendra Hadiprana. Beliau dikenali sebagai seorang pengumpul karya seni, lantas memberikan definisi bahru kepada hotel mewah di Indonesia. Awalnya direka sebagai rumah penginapan pada sekitar 1980an, dan menjalani tranformsi sebagai sebuah resort yang menceduk nama daripada kuil gua berdekatan iaitu Goa Gajah.

Ubud, Bali

Destinasi Penginapan Penuh Kemewahan

Dilancarkan semula pada 2020, Tanah Gajah, a Resort by Hadiprana menawarkan 20 ruang penginapan suite dan villa dalam kawasan yang berkeluasan enam hektar. Dari One Bedroom Club Pool Villa kepada The Hadiprana Estate, setiap ruang penginapan menjanjikan pengalaman kemewahan yang tersendiri. Bagaikan oasis alam semula jadi, destinasi penginapan penuh privasi ini juga dihiasi dengan arca-arca seni yang unik. Paling ikonik, Candi Bentar yang menampilkan ukiran gajah yang menjadi latar kehijauan bersama sawah padi dan kolam angsa.

Dua destinasi seni kulinari di sini yang diketuai oleh Cef Eksekutif Khairudin ‘Dean’ Nor memberikan seleksi menu yang diinspirasikan daripada cita rasa Asia. Ia menggunakan bahan-bahan segar tempatan. The Tempayan menjadi lokasi sarapan pagi dan makan malam dengan seni bina wantilan. Wantilan ini menceduk inspirasi pavilion Bali yang menjadi lokasi berkumpul buat penduduk kampung. Panen Padi Lounge pula menjadi lokasi untuk menikmati minum petang yang ikonik. Ia menampilkan seni ukiran Bali yang memukau dalam penceritaan kehidupan Hendra Hadiprana.

Persembahan Kecak dan Tarian Api

Sempurnakan percutian Bali dengan siri rawatan spa dan urutan yang menenangkan di The Spa. Selain itu terdapat aktiviti kesejahteraan seperti ritual penyucian, yoga dan merentas sawah padi. Dalam memberi penghormatan kepada budaya tempatan, Tanah Gajah, a Resort by Hadiprana juga menawarkan persembahan Kecak dan tarian api. Ia terbuka buat tetamu dan pengunjung pada setiap Selasa, Jumaat dan Ahad di hadapan Candi Bentar.

kecak Ubud bali

Tanah Gajah, a Resort by Hadiprana kini popular menjadi pilihan sebagai destinasi perkahwinan tropikal yang tidak akan dilupakan. Bakal pengantin boleh menempah keseluruhan resort dan menganjurkan majlis resepsi untuk 100 tetamu jemputan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau membuat tempahan bilik, anda boleh klik di sini. 

 

Baca lebih lanjut: 10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Managala Resort

‘HEALING’ BERSAMA HERO ANDA DI MANGALA ESTATE BOUTIQUE RESORT

Bacaan Lanjut
percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE MENAWARKAN PERCUTIAN ‘THE MALAYSIAN EXPERIENCE’ BAHARU

Bacaan Lanjut

TEROKAI PERCUTIAN ‘JIM THOMPSON MYSTERY WEEKEND’ DI CAMERON HIGHLANDS RESORT

Bacaan Lanjut

SEVENFRIDAY GAMES 2023 KEMBALI DI BALI, INDONESIA

Bacaan Lanjut