Skip to content

TARIKH SIARAN SQUID GAME 2 DIDEDAHKAN DALAM VIDEO TERBARU

TARIKH SIARAN SQUID GAME MUSIM KEDUA DIDEDAHKAN DALAM VIDEO TERBARU

Kongsikan artikel ini

Siri popular Netflix yang telah lama ditunggu-tunggu, Squid Game musim kedua bakal menghiburkan anda tidak lama lagi.

Dalam satu video yang dimuat naik baru-baru ini, tarikh siaran rancangan itu didedahkan iaitu pada 26 Disember 2024. Musim ketiga dan terakhir dijangka menemui penonton pada 2025.

Seperti yang dikongsikan sebelum ini, Squid Game musim kedua akan menampilkan barisan pelakon lama dan baru. Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo dan Ho Yeon Jung akan disertai oleh Im Si Wan, Kang Na Heul, Park Sung Hoon dan Yang Dong Geun.

Pelakon yang baru diumumkan termasuk Kim Se Eun, Park Gyu Young, Jo Yu Ri, Choi Seung Hyun, Won Ji An, Kang Ae Sim, Lee Jin Uk, Lee David, dan Roh Jae Won.

Squid Game musim kedua

Foto: Reddit

Mengenai Squid Game Musim Kedua

Menurut laporan Dexerto, musim berkisar tentang zaman kejatuhan Seong Gi Hun yang akan kekal berada di Korea dan bukannya mengikuti anak perempuannya ke Amerika Syarikat.

Jalan cerita akan memberi fokus pada cahaya baru dalam permainan misteri itu. Lee Jung Jae mendedahkan serba sedikit tentang musim kedua menerusi temu bual bersama majalah People.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku atau sebesar mana skalanya. Tetapi satu-satunya perkara yang pengarah beritahu adalah Seong Gi Hun akan kembali untuk musim kedua dan bertanding di arena,” katanya.

Squid Game musim pertama meraih populariti tidak dijangka di kalangan penonton muda pada tahun 2021. Ia memenangi enam trofi Emmy daripada 14 kategori yang dicalonkan.

Lee berjaya membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik. Lee You Mi yang melakonkan watak Ji Yeong pula memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Siri itu juga memenangi kategori Kesan Visual Istimewa Terbaik Dalam Satu Episod dan Persembahan Lagak Ngeri Terbaik 2022. Kategori lain termasuk Reka Bentuk Pengeluaran Terbaik Untuk Program Kontemporari Naratif dan Pengarahan Untuk Siri Drama Terbaik.

Tonton video pengumuman Squid Game musim kedua di bawah ini.

 

Pautan berkaitan: LEE JUNG JAE BAKAL RAIH STATUS AKTOR K-DRAMA TERMAHAL MENERUSI SQUID GAME 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 K-DRAMA TERBAIK LEE JUNG JAE ANDA WAJIB TONTON

5 K-DRAMA TERBAIK LEE JUNG JAE ANDA WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
must watch June 2024

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2024

Bacaan Lanjut
SQUID GAME MUSIM KEDUA BAKAL MENEMUI PENONTON DISEMBER INI

SQUID GAME MUSIM KEDUA BAKAL MENEMUI PENONTON DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
LEE JUNG JAE BAKAL RAIH STATUS AKTOR K-DRAMA TERMAHAL MENERUSI SQUID GAME 2

LEE JUNG JAE BAKAL RAIH STATUS AKTOR K-DRAMA TERMAHAL MENERUSI SQUID GAME 2

Bacaan Lanjut
TARIKH SIARAN SQUID GAME 2 DIDEDAHKAN DALAM VIDEO TERBARU

SQUID GAME MUSIM KEDUA: INI YANG ANDA PERLU TAHU

Bacaan Lanjut
rancangan Netflix paling popular

TOP 10 RANCANGAN TV YANG PALING POPULAR DI NETFLIX

Bacaan Lanjut